Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Apple dedahkan 3 model baru iPhone

Syarikat Apple mendedahkan tiga model telefon bijak terbaru iaitu iPhone XR, XS dan yang terbesar dan juga termahal, XS Max.

Anggaran Waktu Membaca:
Apple dedahkan 3 model baru iPhone

Iphone XS Max (kanan) dan iPhone XS dilancarkan dalam satu acara pada 12 Sep di California. (Gambar: Noah Berger/AFP)

Diterbitkan : 13 Sep 2018 08:03PM Dikemas Kini : 13 Sep 2018 08:08PM

AMERIKA SYARIKAT: Syarikat Apple mendedahkan tiga model telefon bijak terbaru iaitu iPhone XR, XS dan yang terbesar dan juga termahal, XS Max.

iPhone XS menampilkan permukaan skrin yang lebih besar berbanding model sebelumnya serta mutu warna yang lebih baik tanpa penggunaan cahaya latar.

Harganya - sekitar AS$1,000 (S$1,370).

Namun jika ini tidak cukup besar bagi anda, Apple juga menawarkan iPhone XS Max - telefon bijaknya yang terbesar, tetapi juga yang termahal iaitu sekitar AS$1,100 (S$1,500).

Kedua-dua model itu akan dijual mulai 21 September namun tempahan dibuka seminggu sebelum itu.

Jika anda enggan membayar harga empat angka, Apple juga menawarkan model 'lebih murah' iaitu iPhone XR.

Dengan harga AS$750 (S$1,000), anda boleh mendapatkan permukaan skrin yang lebih besar berbanding iPhone 8 Plus, meskipun saiz telefonnya kecil sedikit.

Permintaan bagi iPhone semakin berkurangan sejak beberapa tahun ini disebabkan trend pengguna yang tidak ganti telefon sekerap dahulu.

Namun penjualan model-model telefon bijak yang lebih mahal berjaya merangsang keuntungan yang diraih syarikat itu. 

Sumber : AFP/NT/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan