Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Apple bakal lancar jam yang boleh buat panggilan

Apple merancang untuk melancarkan jam bijak lewat tahun ini yang boleh terus berhubung dengan rangkaian telefon bimbit, menurut Blomberg pada Jumaat (4 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Apple bakal lancar jam yang boleh buat panggilan

Beberapa model baru bagi Apple Watch boleh melakukan pelbagai tugas tanpa memerlukan iPhone dalam jarak dekat. (Gambar: AFP/Drew Angerer)

Diterbitkan : 06 Aug 2017 08:19AM Dikemas Kini : 06 Aug 2017 08:22AM

REUTERS: Apple merancang untuk melancarkan jam bijak lewat tahun ini yang boleh terus berhubung dengan rangkaian telefon bimbit, menurut Blomberg pada Jumaat (4 Ogos).

Ini sambil merujuk kepada mereka yang biasa mengendalikan urusan tersebut.

Beberapa model baru bagi Apple Watch juga akan dilengkapi dengan cip LTE dan boleh melakukan pelbagai tugas tanpa memerlukan iPhone dalam jarak dekat, dedah laporan Bloomberg.

Buat masa ini, Apple Watch perlu dihubungkan dengan telefon bijak iPhone untuk mengirimkan mesej, mendapatkan arahan dari peta dan menstrimkan muzik.

Intel akan membekalkan modem LTE bagi jam baru itu, menurut Bloomberg.

Pembuat iPhone itu juga sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa khidmat telekomunikasi di Amerika Syarikat dan Eropah bagi menawarkan Apple Watch dengan rangkaian telefon bimbit, dedah laporan itu.

Apple dan Intel bagaimanapun tidak memberikan respons segera bagi mendapatkan komen.

Sumber : Reuters/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan