Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Aplikasi, laman MeRadio kini tawar lebih banyak ciri interaktif

Dari memilih fail media digital atau 'podcast' kegemaran anda kepada menerima perkembangan terkini mengenai berita hiburan dengan serta merta, para pengguna boleh menjangkakan pengalaman radio digital yang lebih khusus bagi setiap pendengar dengan aplikasi MeRadio Mediacorp yang baru diubah suai.

Anggaran Waktu Membaca:
Aplikasi, laman MeRadio kini tawar lebih banyak ciri interaktif

Aplikasi baru MeRadio dilancarkan minggu lalu. (Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 31 Oct 2018 09:09AM Dikemas Kini : 31 Oct 2018 09:13AM

SINGAPURA: Dari memilih fail media digital atau 'podcast' kegemaran anda kepada menerima perkembangan terkini mengenai berita hiburan dengan serta merta, para pengguna boleh menjangkakan pengalaman radio digital yang lebih khusus bagi setiap pendengar dengan aplikasi MeRadio Mediacorp yang baru diubah suai.

Dilancarkan pada minggu lalu, aplikasi dan laman baru itu kini menampilkan ciri-ciri interaktif seperti peluang untuk memilih antara 11 stesen radio Mediacorp yang ingin anda ikuti.

Para pengguna juga boleh memilih jenis 'podcast' yang ingin anda beli dan muat turun, daripada pelbagai kategori seperti "kesihatan alternatif", "muzik" atau "kerjaya".

Ketua Kerjasama dan Perniagaan Baru, Indranil Sarkar, berkata: "MeRadio menawarkan kandungan audio secara langsung dan berdasarkan permintaan yang memenuhi citarasa unik dan pilihan setiap pendengar.

"Kami berharap para pendengar kami akan menyambut baik ciri-ciri bijak dan interaktif yang dihasilkan oleh pasukan pembangunan produk kami sepanjang enam bulan lalu."

Ciri-ciri MeRadio diubah suai sebagai respons kepada citarasa para pengguna radio yang kian berubah-ubah.

Hasil tinjauan terbaru Nielsen Radio menunjukkan bahawa hampir 900,000 rakyat Singapura mendengar radio digital, dan 69 peratus daripada mereka berusia antara 15 hingga 44 tahun.

Aplikasi baru MeRadio juga akan mengumpul maklum balas dan reaksi para pendengar mengenai lagu-lagu yang dimainkan pada masa nyata, bagi memaklumkan para DJ mengenai lagu-lagu yang popular.

Selain boleh menghubungi stesen-stesen radio secara langsung, para pengguna kini boleh menghantar kiriman WhatsApp atau emel kepada para DJ.  

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan