Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Aplikasi baru padankan pemilik rumah dengan penyedia khidmat

Orang ramai tidak lagi perlu melungsuri Internet atau membelek-belek risalah untuk mencari seorang tukang paip atau tukang cat, dengan adanya sebuah aplikasi mudah alih yang baru.

Anggaran Waktu Membaca:
Aplikasi baru padankan pemilik rumah dengan penyedia khidmat

Ovvy menawarkan enam kategori khidmat dalam sektor perumahan. (Gambar: Ovvy/Facebook)

Diterbitkan : 27 Oct 2018 09:59AM Dikemas Kini : 27 Oct 2018 10:04AM

SINGAPURA: Orang ramai tidak lagi perlu melungsuri Internet atau membelek-belek risalah untuk mencari seorang tukang paip atau tukang cat, dengan adanya sebuah aplikasi mudah alih yang baru.

Aplikasi yang diberi nama Ovvy itu membolehkan para pemilik rumah untuk memuatnaikkan maklumat mengenai tugas yang diperlukan, dengan menyatakan harganya sekali. Para penyedia khidmat kemudian boleh membuat bidaan untuk tugasan tersebut.

Ketika menimbangkan bidaan, para pemilik rumah boleh meninjau-ninjau profil para penyedia khidmat, serta rating dan ulasan sebelum memutuskan penyedia khidmat yang menjadi pilihan mereka. Ini sekaligus membantu mereka mendapatkan tawaran yang terbaik.

(Gambar: Ovvy)

"Saya rasa ini adalah sesuatu yang sangat penting bagi saya," kata pengasas bersama Ovvy, Thomas Beattie, kepada Mediacorp. "Saya tidak mahu hanya dipadankan dengan pihak penyedia khidmat dan diberitahu orang ini akan datang ke rumah saya."

Ovvy kini menawarkan enam kategori khidmat dalam sektor perumahan iaitu: pembersihan, pemindahan, serta kerja-kerja pembaikan paip, alat hawa dingin, elektrik dan pekerja rencam yang menawarkan khidmat mengecat, menggantung dan memasang sesuatu.

Presiden Persatuan Perkongsian Ekonomi Singapura (SEAS) Jim Tan mengalu-alukan aplikasi baru ini sambil mengatakan bahawa para pelanggan dan penyedia khidmat akan meraih manfaat daripada keberkesanan dan ketelusan yang ditawarkannya.

"Platform itu memainkan peranan sebagai sebuah pasaran yang memiliki sumber (untuk) pemasaran dan promosi," kata Encik Tan. "Ia menjimatkan masa dan tenaga supaya para penyedia khidmat boleh menumpukan perhatian kepada tugas-tugas pakar."

Sungguhpun demikian, Encik Tan memberi amaran bahawa pasaran kecil Singapura bermakna ia mungkin sukar untuk "mengekalkan begitu banyak aplikasi yang menawarkan khidmat seumpama itu".

Ovvy bukan aplikasi pertama untuk menawarkan khidmat tersebut. Syarikat Kaodim dan ServisHero, misalnya, mempunyai aplikasi yang menawarkan khidmat serupa, namun setiap tugas dipadankan secara automatik dengan pihak penyedia khidmat.

Sejak dilancarkan para bulan Julai, Encik Beattie berkata Ovvy menduduki tangga ke-50 teratas dalam kalangan 200 aplikasi yang paling banyak dimuat turun di Singapura.

Secara purata, Ovvy juga dimuatturunkan 3,000 kali dalam tempoh sebulan. Separuh daripada pengguna yang memuat turun aplikasi itu turut mencipta profil, dengan 25 peratus daripada 1,500 profil tersebut adalah milik penyedia khidmat.

Meskipun aplikasi itu boleh dimuat turun dan diguna secara percuma, ia mengenakan yuran urus niaga 10 peratus dan 3.5 peratus, selain yuran bagi tugas yang dijalankan, masing-masing bagi para pelanggan dan penyedia khidmat. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan