Images
  • tongu
    (Gambar: Facebook)

Apa sebenarnya 'rambut' hitam di lidah anda?

AMERIKA SYARIKAT: Seorang wanita berusia 55 tahun dirawat di hospital setelah mengalami kemalangan jalan raya. Doktor kemudian memberikannya suntikan yang mengandung antibiotik disebut minocycline untuk mengurangi jangkitan pada lukanya.

Menurut CNN, setelah seminggu dirawat, wanita tersebut mengeluh lidahnya menjadi gelap dan ia merasa mual-mual serta tidak enak dalam mulutnya.

Ternyata rasa tidak enak tersebut disebabkan oleh adanya ‘rambut’ yang tumbuh di lidahnya.

Meski disebut rambut, warna hitam tersebut sebenarnya benjolan kecil di lidah yang disebut filiform papillae yang menjadi gelap seperti rambut.

Keadaan seperti ini memang mungkin terjadi pada pesakit yang sedang menggunakan antibiotik atau antipsikotik. Meski begitu, keadaan yang disebut black hairy tongue (BHT) ini sangat jarang terjadi, lapor CNN.

Bintik-bintik itu, biasanya kurang satu milimeter, namun boleh mencapai antara 12 dengan 18 milimeter, menurut satu kajian tahun lepas.

Dr. Yasir Hamad dari Universiti Washington di St Louis, mengatakan bahawa kes ini yang pertama beliau tangani sepanjang 10 tahun menjadi doktor.

"Meskipun ia kelihatan menakutkan, ia sebenarnya boleh disembuh," kata Dr Hamad. Empat minggu selepas doktor mengubah rejimen perubatannya, lidah pesakit itu kembali kepada warna biasa.

Keadaan lidah 'berambut' juga dapat diatasi dengan membersihkan lidah, berhenti merokok, dan banyak minum sehingga menghasilkan lebih banyak ludah, lapor CNN lagi.

Nasihat beliau: Sekiranya lidah anda mula kelihatan hitam dan berbulu, jangan panik, dan "periksa dengan doktor anda, kerana beberapa keadaan lain boleh menyerupai keadaan ini."

- Agensi berita/NA/na

Top