Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Anda menghidap kencing manis? Ini 5 jenis teh yang baik untuk diminum...

Jika anda menghidap penyakit kencing manis, anda tentu akan diminta untuk memantau makanan dan minuman yang tidak berkhasiat. Ini agar pengambilan makanan dan minuman itu tidak menyebabkan bertambahnya kandungan gula dalam darah.

Anggaran Waktu Membaca:
Anda menghidap kencing manis? Ini 5 jenis teh yang baik untuk diminum...

(Gambar: MERDEKA.COM)

Diterbitkan : 29 Oct 2017 11:01PM Dikemas Kini : 29 Oct 2017 11:05PM

MERDEKA.COM: Jika anda menghidap penyakit kencing manis, anda tentu akan diminta untuk memantau makanan dan minuman yang tidak berkhasiat. Ini agar pengambilan makanan dan minuman itu tidak menyebabkan bertambahnya kandungan gula dalam darah.

Malah, salah satu cara untuk menanganinya adalah dengan meminum beberapa jenis teh yang disarankan ini.

Selain membatasi penambahan gula, lima jenis teh yang bermanfaat ini dapat menurunkan kadar gula dalam darah.

1. Teh bunga raya
Teh bunga raya adalah salah satu teh terbaik yang dapat diminum oleh mereka yang menghidap kencing manis. Kajian menunjukkan bahawa meminum teh bunga raya memberikan kesan yang sama baiknya dengan Tolbutamide, ubat penurun gula darah yang biasanya diberikan kepada pesakit kencing manis.

2. Teh hitam
Hanya dengan minum dua cangkir teh hitam setiap hari, kadar insulin pesakit kencing manis dapat dikurangkan secara beransur-ansur.

3. Teh hijau
Menyentuh tentang penurunan kadar gula dalam darah, teh hijau tentunya tidak dapat dikecualikan. Ini kerana teh ini dapat mengurangkan hiperglikemia dan ketahanan insulin pesakit kencing manis.

4. Teh bunga chamomile
Teh ini memiliki sifat anti inflamasi dan paras antioksidan yang tinggi di dalamnya. Ini sekaligus dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah pesakit kencing manis yang meminumnya.

5. Teh moringa
Beberapa kajian menunjukkan bahawa moringa adalah tanaman yang tinggi antioksidan sehingga dapat mengurangkan gangguan kesihatan yang disebabkan oleh penyakit kencing manis. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan