Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Anda ingin berhenti merokok? Ini 6 petua yang anda harus cuba...

Merokok bukan sahaja sesuatu yang memudaratkan kesihatan anda tetapi ia juga menelan perbelanjaan yang banyak. Dengan itu, ramai yang sudah berazam untuk berhenti merokok.

Anggaran Waktu Membaca:
Anda ingin berhenti merokok? Ini 6 petua yang anda harus cuba...

(Gambar: REUTERS/David W Cerny)

Diterbitkan : 08 Feb 2018 01:18PM Dikemas Kini : 08 Feb 2018 01:20PM

MERDEKA.COM: Merokok bukan sahaja sesuatu yang memudaratkan kesihatan anda tetapi ia juga menelan perbelanjaan yang banyak. Dengan itu, ramai yang sudah berazam untuk berhenti merokok.

Namun demikian, ini bukanlah satu perkara yang mudah dilakukan. Ramai yang pernah cuba tetapi kecundang kerana tidak mampu menahan ketagihan. Atau, sudahpun terikat dengan sikap dan kebiasaan merokok.

Dengan itu, ada beberapa tips dari laman thehealthsite.com mengenai cara-cara untuk berhenti merokok, yang boleh anda cuba. 

1. SELALU BERUS GIGI

Cara berkesan yang lain pula adalah untuk sering bergosok gigi. Ini akan menyebabkan mulut anda akan sentiasa berasa segar. Jika mulut yang selalu segar, anda tidak akan merasakan untuk merokok.

2. MAKAN GULA-GULA

Bekas perokok selalu akan merindukan atau sudah terbiasa dengan rasa "mint" di dalam mulut sewaktu merokok. Memikirkannya sahaja boleh mengundang rasa ingin merokok. Bagi mengelakkan perkara sebegitu daripada berlaku, lebih baik jika anda membawa gula-gula kurang manis.

3. BAWA PENSEL

Jika anda seorang yang sering merokok dan sudah terbiasa dengan membawa rokok antara jemari anda, memang sudah untuk meninggalkan kebiasaan itu dan anda mungkin tergoda untuk memegang sebatang rokok dan menghisapnya. Dengan membawa sebatang pensel, ia seakan-akan anda sedang membawa sebatang rokok tetapi bukan!

4. TIDUR SECUKUPNYA

Tidur dengan secukupnya dan elakkan daripada melakukan kegiatan yang mengakibatkan tekanan yang tinggi buat diri anda. Dengan tekanan yang tinggi, anda lebih tertarik dan terdorong untuk menghisap rokok. Selain itu juga, elakkan meminum kopi kerana ia juga terkait dengan merokok.

5. SERING MEDITASI

Tekanan selalunya mendorong orang untuk merokok, dan cara yang paling mudah untuk mengelakkan tekanan adalah untuk melakukan meditasi dan kawal kemarahan anda. Hanya dengan bertenang, anda tidak akan merasakan untuk merokok.  

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan