Images
  • insect burger
    Burger yang diperbuat daripada cacing. 

Anda berani cuba burger 'daging alternatif' diperbuat daripada cacing?

JERMAN: Sebuah bandar di Jerman memulakan kempen memperkenalkan burger daging alternatif yang dikatakan lebih bergizi.

Cacing menurut sebuah pengeluar burger alternatif, mengandungi bahan protin yang tinggi dan kini dibiak di Belanda.

Daging burgernya yang dimakan dengan sayur, bawang dan tomato kini sangat popular di Belanda dan Belgium.

Ada yang mendapatinya lazat meskipun pada mulanya teragak-agak untuk mencubanya.

Menurut syarikat pengeluar burger cacing itu, Bugfoundation, pihaknya menghabiskan masa empat tahun untuk menghasilkannya.

Mereka mendapat idea hasil lawatan ke Asia Tenggara di mana ramai menikmati serangga sebagai makanan seperti di Thailand.

- Agensi Berita/AA/fa

Top