Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Anak bawah 3 tahun perlu jalani pemeriksaan kegemukan untuk elak penyakit kronik

Kegemukan merupakan satu masalah di Singapura. Menurut Tinjauan Kesihatan Singapura pada 2010, 52.7 peratus rakyat Singapura berada dalam risiko moderat dan tinggi menghadapi kegemukan.

Anggaran Waktu Membaca:
Anak bawah 3 tahun perlu jalani pemeriksaan kegemukan untuk elak penyakit kronik

(Gambar: Tim Boyle / GETTY IMAGES NORTH AMERICA / AFP)

BERITAMediacorp: Kegemukan merupakan satu masalah di Singapura. Menurut Tinjauan Kesihatan Singapura pada 2010, 52.7 peratus rakyat Singapura berada dalam risiko moderat dan tinggi menghadapi kegemukan.

Maka itu, dari kecil lagi, ibu bapa harus memantau dan mengawasi pemakanan dan kegiatan harian anak-anak mereka.

Ini kerana menurut kajian dilakukan oleh Jabatan Kesihatan Amerika Syarikat pada 2010, kegemukan boleh membawa penyakit-penyakit kronik yang lain seperti darah tinggi dan sakit jantung.

MANFAATKAN JUGA KAEDAH BMI UNTUK ANAK KECIL

Kajian tersebut juga menyatakan tidak cukup untuk hanya 'melihat' seseorang anak itu bagi memastikan mereka berada dalam lingkungan kegemukan, tetapi menggunakan sistem Indeks Jisim Tubuh (BMI) bagi memastikan anak itu berada di bawah paras kegemukan.

Di Singapura pula, menurut laman web Hospital Kanak-Kanak dan Wanita (KKH) sistem yang sama digunakan untuk memastikan kegemukan pada anak-anak yang menggunakan berat badan dan ketinggian.

Punca kegemukan bukan hanya daripada pemakanan tetapi ia juga hasil faktor-faktor luaran yang lain seperti kegiatan seharian yang tidak aktif, menurut KKH.

Bukan sahaja kegemukan menjejas kesihatan jasmani anak itu pada masa akan datang, menurut laporan akhbar Los Angeles News Service, Jabatan Kesihatan AS juga merumuskan bahawa kegemukan juga boleh membawa padah kepada kesihatan mental anak itu kerana anak itu boleh menjadi mangsa kepada buli.

Justeru, pasukan bertindak itu menyarankan beberapa langkah mengawal kegemukan. Antara langkah-langkah yang disyorkan termasuk bertemu dengan pakar pemakanan untuk rujukan selama 26 jam untuk memberikan nasihat kepada para ibu bapa dan anak mereka.

Nasihat-nasihat diberikan termasuk memantau pemakanan anak, hanya memberikan makanan yang mempunyai label sihat dan juga senaman dengan anak-anak.

APABILA ANAK-ANAK GEMUK DI SINGAPURA

Di Singapura, KKH menyarankan dalam laman webnya, kanak-kanak yang didapati gemuk akan diletakkan ke program menguruskan badan. Dalam program tersebut, kanak-kanak akan diperiksa dan diletakkan tahap di mana mereka akan melakukan senaman berstruktur.

Contohnya, kanak-kanak di bawah tiga tahun akan digalakkan pergerakan otot-otot supaya mereka bergiat aktif.

Bagi usia tiga hingga enam tahun pula kanak-kanak itu akan digalakkan untuk mengukuhkan gerak geri mereka dan koordinasi otot-otot mereka.

Dengan itu, bagi memastikan kebanyakan warga Singapura tidak terjebak dengan penyakit-penyakit yang berkait dengan kegemukan, pemeriksaan awal dan langkah berjaga-jaga harus diterapkan dari kecil lagi.  

Sumber : BERITA Mediacorp/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan