Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Ambil kira waktu terawih, bazar raya Tampines kini dibuka hingga 12 malam hujung minggu

"Kami memutuskan untuk melanjutkan (waktu operasi bazar) sehingga lewat malam untuk (para jemaah) yang bersolat terawih."

Anggaran Waktu Membaca:
Ambil kira waktu terawih, bazar raya Tampines kini dibuka hingga 12 malam hujung minggu

Waktu operasi Bazar Hari Raya Hab Tampines Kita dilanjutkan hingga tengah malam pada hujung minggu. (Gambar: Hab Tampines Kita/Facebook)

BERITAMediacorp: Buat pertama kalinya pada bulan Ramadan ini, operasi bazar hari raya Hab Tampines Kita (OTH) dilanjutkan sehingga tengah malam pada setiap hujung minggu, cuti umum dan sehari sebelum cuti umum.

Pihak pengurusan Bazar Hari Raya Hab Tampines Kita memberitahu BERITAMediacorp langkah itu diambil untuk memenuhi keperluan para pengunjung Muslim dengan lebih baik. Khususnya mereka yang memilih untuk menunaikan solat terawih terlebih dahulu.

"Kami memutuskan untuk melanjutkan (waktu operasi bazar) sehingga lewat malam untuk (para jemaah) yang bersolat terawih.

"Mereka adalah jemaah yang bersolat di Masjid Ghufran, yang juga jiran kita (OTH), serta mereka yang bersolat terawih di kolong blok di Tampines," menurut pihak pengurusan lagi.

Bazar Ramadan di Hab Tampines Kita (OTH). (Gambar-gambar: Hab Tampines Kita)

Bazar Ramadan di Hab Tampines Kita (OTH). (Gambar-gambar: Hab Tampines Kita)

5 MALAM BERTURUT-TURUT BAZAR TAMPINES TUTUP 12.00 MALAM

Oleh itu, setiap hari Jumaat, Sabtu, Ahad, sehari sebelum cuti umum dan pada hari cuti umum, bazar hari raya OTH akan beroperasi dari pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.

Ini berbanding operasi pada hari biasa, iaitu dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Pada bulan Ramadan tahun ini, terdapat satu cuti umum, iaitu Hari Vesak yang jatuh pada Selasa (29 Mei).

Jadi ini bermakna, anda mempunyai bukan satu, bukan dua tetapi lima hari untuk membeli-belah keperluan Ramadan dan Hari Raya hari sehingga tengah malam, pada cuti hujung minggu lebih panjang dari Jumaat ini (25 Mei) sehingga Selasa (29 Mei).

Bazar hari raya OTH dirasmikan oleh Menteri Kewangan Heng Swee Keat pada Sabtu (19 Mei). Ia adalah hujung minggu pertama operasi bazar dilanjutkan sehingga tengah malam.

Bazar Ramadan di Hab Tampines Kita (OTH). (Gambar-gambar: Hab Tampines Kita)

Bazar Ramadan di Hab Tampines Kita (OTH). (Gambar-gambar: Hab Tampines Kita)

ANALISIS VIDEO DIGUNA PANTAU JUMLAH PENGUNJUNG

BERITAMediacorp diberitahu pada Sabtu 19 Mei sahaja lebih 80,000 pengunjung datang ke OTH. Data, menurut pihak pengurusan bazar hari raya OTH, dirakam menerusi analisis video.

Pada hari yang sama juga, sekitar 27,000 pengunjung dicatat datang ke bazar hari raya OTH antara pukul 6.00 petang hingga tengah malam.

Bazar Ramadan di Hab Tampines Kita (OTH). (Gambar-gambar: Hab Tampines Kita)

Bazar Ramadan di Hab Tampines Kita (OTH). (Gambar-gambar: Hab Tampines Kita)

Secara keseluruhan, data itu juga menunjukkan bahawa 35 peratus daripada lebih 80,000 pengunjung itu adalah orang Melayu. Jadi dengan lanjutan masa operasi bazar OTH, ia mungkin menambah lagi bilangan pengunjung Melayu/Islam selepas waktu terawih.

Antara kelainan bazar hari raya OTH adalah ia menawarkan pilihan produk antarabangsa, termasuk Maghribi, Sepanyol, Pakistan dan Uzbekistan.

Tahun ini adalah tahun kedua Hab Tampines Kita menganjurkan bazar hari raya. 

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan