Alek Gadang rai keindahan budaya orang Minang
Satu acara besar-besaran bagi meraikan budaya Minangkabau diadakan di Wisma Geylang Serai pada Sabtu (15 Dis).
SINGAPURA: Satu acara besar-besaran bagi meraikan budaya Minangkabau diadakan di Wisma Geylang Serai pada Sabtu (15 Dis).
Acara itu adalah pesta pertama seumpamanya dianjurkan bagi memperkenalkan keindahan adat budaya orang Minang, kepada masyarakat setempat, dengan harapan agar ia tidak hilang ditelan zaman.
Lebih 300 orang menghadiri acara Alek Gadang atau dalam bahasa Melayunya, Pesta Besar.
Setiausaha Parlimen Kanan Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan, Amrin Amin, menyertai para hadirin untuk mempelajari dan mendalami budaya orang Minang yang disajikan menerusi pelbagai acara hiburan dan kegiatan, termasuk bazar, persembahan teater, pertunjukan fesyen serta persembahan tarian Minangkabau.
Seniwati veteran, Rosnani Jamil, turut melancarkan buku berjudul ‘Sumbangsih Kehidupan Dato’ Rosnani Jamil Dari Geringging ke Kota London’.
"Buku mak ini lain sikit. Ini adalah satu catatan, memori mak. Daripada mak datang dari Padang, Pariaman, merantau dan besar di Singapura. Jadi itulah satu kenangan buat diri mak," kata Rosnani atau lebih mesra dipanggil Mak Nani.
Singapura menjadi lokasi pertama buku berkenaan dilancarkan sebagai penghargaan kepada kenangan manis Cik Rosnani semasa masih berkarya dan mencipta nama di Shaw Brothers, Jalan Ampas suatu ketika dulu.
LAPORAN BERKAITAN:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.