Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Alat baru ini bolehkan golongan hampir buta, dapat melihat semula

Alat kaca mata eSight memancarkan imej daripada sebuah kamera kepada skrin-skrin dalaman yang kecil – satu skrin bagi setiap biji mata.

Anggaran Waktu Membaca:
Alat baru ini bolehkan golongan hampir buta, dapat melihat semula

Cik Yvonne Felix dari Kanda memakai eSight. (Gambar: AP)

Diterbitkan : 04 Mar 2017 09:48PM Dikemas Kini : 04 Mar 2017 09:51PM

SAN FRANCISCO: Bagi mereka yang sama seperti Encik Jeff Regan, yang dilahirkan dengan masalah kurang daya penglihatan, nasib mereka mungkin berubah disebabkan alat yang dicipta sebuah syarikat di Toronto, Amerika Syarikat, eSight.

Empat tahun lalu, Encik Regan memakai alat itu dan tiba-tiba beliau dapat membaca suratkhabar sambal menikmati jamuan sarapan. Beliau juga dapat menonton pementasan, tanpa perlu memikirkan lagi kenapa penonton lain ketawa di tengah-tengah persembahan.

“Kaca mata ini sudah membuat kehidupan saya lebih bermakna,” kata Encik Regan, berusia 48 tahun, dan seorang jurutera warga Kanada yang menetap di London, Ontario.

Alat kaca mata eSight memancarkan imej daripada sebuah kamera kepada skrin-skrin dalaman yang kecil – satu skrin bagi setiap biji mata.

Walaupun kaca mata eSight tidak dapat membantu mereka yang buta sepenuhnya, ia masih dianggap sebagai “sinar harapan” bagi jutaan orang yang mengalami kurang daya penglihatan dan tidak dapat diatasi dengan lensa-lensa biasa.

BELUM LAGI MENJADI ‘REALITI’

Namun eSight masih perlu mengatasi beberapa halangan.

Antaranya: Menyediakan kaca mata yang selamat dan berkesan bagi mereka yang benar-benar buta. Walaupun alat eSight tidak memerlukan kelulusan badan-badan kawal atur bidang kesihatan - kerana ia di dalam kategori berisiko kecil seperti flos gigi - tiada bukti sahih mengenai manfaatnya. Syarikat itu juga sedang mendanakan ujian-ujian klinikal untuk mewujudkan bukti itu.

Harga alat itu juga sangat mahal. Versi terbaru kaca mata itu, yang dikeluarkan pada pertengahan bulan Februari, dijual pada harga AS$10,000 (S$14,050). Walaupun ia lebih murah (S$7,025) berbanding versi sebelumnya, ia masih mahal bagi mereka yang memerlukannya. Apatah lagi golongan ini jarang mendapat pekerjaan yang bergaji lumayan disebabkan masalah yang dialami mereka.

Syarikat-syarikat insurans juga tidak membiayai kos itu kerana syarikat sebegitu menganggap kaca mata itu sebagai teknologi “bantuan” sama seperti alat bantuan pendengaran.

CEO eSight Brian Mech berkata perkembangan terbaru itu mungkin membantu cara syarikat-syarikat insurans menangani produk eSight. Encik Mech menambah ia lebih menjimatkan jika syarikat insurans menampung harga alat itu, walaupun tidak sepenuhnya, berbanding membiayai prosedur pembedahan yang lebih mahal dan hanya mampu memperbaiki sebahagian penglihatan seseorang.

Sumber : Today/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan