Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Aduhai, gelinya! Tuala wanita ditemui dalam hidangan steamboat

Biasanya terdengar seseorang itu menjumpai serangga dalam makanan... namun kali ini, seorang pelanggan di Shenzhen, China terkejut apabila menemui tuala wanita pula dalam hidangan makanannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Aduhai, gelinya! Tuala wanita ditemui dalam hidangan steamboat

Petikan skrin video yang menunjukkan tuala wanita ditemui dalam hidangan makanan. (Gambar: YouTube)

Diterbitkan : 05 Oct 2018 12:26AM Dikemas Kini : 05 Oct 2018 01:16AM

SHENZHEN: Biasanya terdengar seseorang itu menjumpai serangga dalam makanan... namun kali ini, seorang pelanggan di Shenzhen, China terkejut apabila menemui tuala wanita pula dalam hidangan makanannya.

Insiden itu bukan berlaku sekali sahaja. Pelanggan wanita itu sebenarnya menjumpai tuala wanita dalam hidangan makanan periuk panas atau 'hot pot' di dua lokasi berbeza pada dua hari berturut-turut, lapor Nextshark.

Wanita itu, yang dikenali sebagai Ni, berkata: “Mula-mula saya ingatkan daging. Tapi saya sedar ada sesuatu yang lain. Saya yakin ia adalah tuala wanita walau tak dapat dilihat dengan jelas."

Menurut laporan Nextshark, kejadian itu sudah dilaporkan kepada pengurus restoran Haidilao yang menjual hidangan periuk panas, namun pihaknya berkata ia sebenarnya adalah kertas pembalut.

Cik Ni bagaimanapun menegaskan ia bukan kertas pembalut dan benda yang dijumpai itu langsung tidak sama dengan apa yang dijumpai dalam mangkuk tersebut.

Wanita itu kemudian meminta pampasan sebanyak 1 juta yuan (S$200,980) sebagai ganti rugi. Restoran itu akhirnya bersetuju membayar pampasan sebanyak 800 yuan (S$160) bagi menghuraikan pertelingkahan itu.

Lebih memeranjatkan apabila kejadian yang sama berlaku lagi setelah wanita berkenaan sekali lagi menjumpai tuala wanita di dalam mangkuk rebusan di sebuah restoran yang lain, menurut laporan Nextshark.

Insiden itu bagaimanapun menimbulkan spekulasi bahawa wanita itu mungkin sengaja mencetuskan kontroversi gara-gara untuk mendapatkan wang pampasan. 

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan