Images
  • curry leaves
    Daun kari. (Gambar hiasan: Thinkstock)

Adakah makan daun kari dapat bantu susutkan badan?

NEW DELHI: Tahukah anda, memakan daun kari semasa perut kosong antara petua 'mujarab' untuk menguruskan badan?

Daun yang juga dikenali sebagai 'kadi patta' dalam bahasa Hindi itu, bukan sahaja lazim digunakan dalam masakan India dan Asia tetapi juga padat dengan khasiat yang baik untuk kesihatan.

Timesnownews melaporkan bahawa menurut amalan Ayurveda, memakan daun kari setiap pagi adalah cara baik untuk menangani pelbagai kondisi kesihatan seperti koletrol tidak baik, kencing manis dan obesiti. Malah ia boleh membantu anda mencapai bentuk badan yang selama ini diidam-idamkan.

Namun bagaimanakah daun ini dapat membantu anda kurangkan berat badan?

Menurut Timesnownews, memakan daun kari membantu legakan dinding usus dan memperbaiki sistem penghadaman. Daun ini secara tradisi digunakan untuk merawat ceret-beret dan rasa mual. Mengunyah atau memakan daun kari secara kerap dapat membantu membuang toxin dari badan secara semulajadi, membakar kalori dan mengelakkan pengumpulan lemak yang menyebabkan kenaikan berat badan.

Daun tersebut juga mengandungi mahanimbine, bahan yang bersifat antiobesiti dan mempunyai kesan mengurangkan lemak lipid. Ini bererti memakan daun kari dapat membantu kurangkan tahap kolestrol dan menurunkan berat badan.

Daun kari juga mempunyai sifat anti-kencing manis, dan berupaya menurunkan tahap gula dalam darah. Tahap gula dalam darah yang tinggi juga boleh mengakibatkan berat badan meningkat.

Jadi, bagaimanakah untuk menggunakan daun kari untuk menurunkan berat badan?

Menurut Timesnownews selain memakannya seperti biasa, daun ini juga boleh direbus dalam air untuk menghasilkan teh yang sesuai diminum setiap hari bagi mendatangkan kesan yang sama. 

- Agensi berita/TQ/tq

Top