Images
  • kek
    (Gambar hiasan: Creme Maison)

Acara Cake Club anjur pelbagai bengkel pembuatan kek

SINGAPURA: Cake Club adalah satu acara yang menampilkan kedai-kedai sementara yang menawarkan pencuci mulut. Ia beroperasi pada hujung minggu di Marina Square sehingga 26 Ogos depan.

Sebanyak 14 penjual kek dan pencuci mulut mengambil bahagian sepanjang tujuh hujung minggu.

Antara daya tarikannya adalah Cake Bar yang menampilkan pelbagai jenama kek dan pencuci mulut tempatan, termasuk Bloomsbury Bakers, Edith Patisserie, Lynn's Cakes, Boufe Boutique Café dan Crème Maison.

Selain itu, terdapat bengkel-bengkel bagi mereka yang mahu berjinak-jinak dalam pembuatan kek seperti sesi bersama Yume Patisserie.

Kanak-kanak juga boleh turut serta dalam keseronokan acara itu melalui bengkel anjuran Nanatang (29 Jul) dan bengkel pembuatan biskut oleh Once Upon A Table (25 dan 26 Ogos).

Cake Club berlangsung pada Sabtu dan Ahad sehingga 26 Ogos ini dari 12.00 tengah hari sehingga 8.00 malam, di Marina Square Roof Garden Glasshouse #03-03. Masuk percuma! Bagi maklumat lanjut, lungsuri marinasquare.com.sg.

- CNA/HS/hs

Top