Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

7 cara hilangkan bau mulut busuk ketika berpuasa

Ketika berpuasa, mulut menjadi kering kerana pengaliran air liur yang sedikit apabila tidak makan sepanjang hari. Apabila mulut kering, sel-sel mati dan bakteria berkumpul dalam mulut. Sel-sel itu kemudian mula membusuk dan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Jun 2015 05:19PM Dikemas Kini : 01 Jul 2015 08:15PM

merdeka.com: Sepanjang bulan puasa, kita hanya makan dua kali iaitu bila bersahur dan berbuka puasa.

Ini menyebabkan mulut menjadi kering kerana pengaliran air liur yang sedikit apabila tidak makan sepanjang hari.

Apabila mulut kering, sel-sel mati dan bakteria berkumpul di lidah, gusi dan bahagian dalam pipi. Sel-sel itu kemudian mula membusuk dan mengeluarkan bau mulut yang tidak menyenangkan.

Jadi apa yang boleh dilakukan untuk mengurangkan atau menghilangkan bau mulut busuk ketika berpuasa?

1. Makan sayur dan buah-buahan

Sayur-sayuran dan buah-buahan boleh mengurangkan bau mulut yang kurang menyenangkan ketika berpuasa. Jadi pastikan anda makan sayur dan buah-buahan ketika bersahur.

Gambar hiasan. (Gambar: merdeka.com)

(Gambar: merdeka.com)

Sayur dan buah-buahan juga membersihkan gigi secara semula jadi dengan menghilangkan plak gigi.

2. Kumur dengan soda penaik

Soda penaik boleh digunakan untuk menghilangkan bau mulut busuk. 

Campurkan satu perempat gelas soda penaik dengan dua sudu makan lemon dan garam.

(Gambar: merdeka.com)

(Gambar: merdeka.com)

Kemudian kumur mulut dengan campuran tersebut yang akan membunuh bakteria dalam mulut. 

3. Elak makan bawang

Elak daripada makan makanan yang mengandungi banyak bawang merah dan bawang putih. 

(Gambar: merdeka.com)

(Gambar: merdeka.com)

Ini kerana bau bawang merah dan bawang putih akan bertahan selama anda berpuasa. Malah bau itu tidak akan hilang walaupun sudah makan makanan lain.  

4. Elak makan keju 

Jika tidak mahu mulut berbau, anda juga perlu elak makan keju dan makanan yang mengandungi keju.  

(Gambar: merdeka.com)

(Gambar: merdeka.com)

Namun jika masih mahu makan keju, anda perlu menghisap potongan lemon selepas makan. Lemon berfungsi untuk membunuh bakteria dalam mulut.  

5. Banyak minum air 

Dehidrasi atau kekurangan air bila berpuasa merupakan salah satu punca yang membuat mulut berbau.  

(Gambar: Merdeka.com)

(Gambar: merdeka.com)

Pastikan banyak minum air ketika bersahur dan juga berbuka puasa. Badan anda memerlukan sekitar tiga liter atau 13 gelas air ketika berpuasa.  

6. Gunakan ubat cuci mulut

Selepas makan sahur, gunakan "Mouthwash" atau ubat cuci mulut.

(Gambar: merdeka.com/ boldsky)

(Gambar: merdeka.com)

Selain berfungsi memberi bau mulut yang segar, ubat itu juga membersihkan sisa makanan yang masih melekat pada gigi.  

7. Makan banyak karbohidrat

Kekurangan karbohidrat dalam tubuh boleh menyebabkan bau mulut yang tidak menyenangkan.

(Gambar: merdeka.com)

(Gambar: merdeka.com)

Karbohidrat yang cukup, di tambah dengan pisang, gandum, dan bijirin boleh mencegah mulut berbau.

Namun di samping cara-cara demikian, tentunya ada hadis yang mengatakan bahawa bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi dari minyak kasturi.  

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan