Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

6 cara untuk bantu cegah demensia

Seorang daripada setiap 14 orang yang berusia lebih 65 tahun di UK akan mengalami demensia.

Anggaran Waktu Membaca:
6 cara untuk bantu cegah demensia

(Gambar hiasan: Justin Ong)

Diterbitkan : 07 Sep 2018 11:41PM Dikemas Kini : 08 Sep 2018 12:03AM

UNITED KINGDOM: Seorang daripada setiap 14 orang yang berusia lebih 65 tahun di UK akan mengalami demensia dan meskipun belum ada penawar bagi penyakit itu, bukti saintifik menunjukkan terdapat beberapa cara yang dapat anda lakukan untuk mencegahnya. Ini menurut The Guardian.

1. JAGA BERAT BADAN ANDA DAN KESIHATAN JANTUNG

Penyakit kencing manis dan berat badan keterlaluan ketika usia senja adalah antara faktor risiko terbesar yang boleh mengakibatkan penyakit demensia. Tekanan darah tinggi dan kadar kolesterol yang tinggi juga dikaitkan dengan risiko demensia, meskipun dapatan ini tidak dapat disahkan sepenuhnya. Maka itu, penting bagi anda untuk memantau berat badan dan kesihatan jantung ketika usia setengah abad bagi mengurangkan risiko demensia pada kemudian hari.

2. JANGAN MEROKOK

Pada umumnya kita tahu bahawa kebiasaan merokok merupakan hal yang buruk. Para saintis mendapati otak seseorang boleh terjejas akibat merokok. Satu kajian menunjukkan merokok lebih dua kotak rokok setiap hari, merosakkan sel tubuh dan menyebabkan perubahan pada pembuluh otak lantas meningkatkan risiko mengalami demensia pada usia senja.

3. KEKAL AKTIF

Banyak kajian menunjukkan bergiat aktif dalam kegiatan fizikal lasak dan secara kerap, bahkan juga senaman ringan seperti berjalan kaki dapat menyihatkan minda anda. Mengamalkan gaya hidup aktif begitu penting bagi warga tua, dengan kajian mendapati bahawa individu lebih tua yang bersenam secara tetap mengalami peningkatan fungsi kognitif. Bagaimanapun, golongan muda pula harus menghindari sukan yang mendedahkan mereka kepada trauma di bahagian kepala secara berulang, seperti sukan tinju atau bola sepak. Terdapat lebih banyak bukti yang menunjukkan bahawa trauma sederhana turut meningkatkan risiko demensia.

4. LATIHAN KOGNITIF-KEGIATAN YANG RANGSANG MENTAL

Pendidikan adalah penentu penting dalam risiko demensia. Individu yang mendapatkan pendidikan lebih tinggi didapati mempunyai risiko demensia yang lebih rendah. Tetapi jangan panik! Terdapat bukti bahawa setiap orang yang cuba sesuatu yang baru ketika mereka meniti usia senja dapat mengurangkan risiko demensia. Sebagai contoh, mulakan hobi baru dan belajar kemahiran baru.

5. JAGA HUBUNGAN SOSIAL

Hubungan sosial yang lebih sering, misalnya pergi ke kelab-kelab masyarakat atau menjadi relawan punya kaitan dengan risiko demensia yang lebih rendah. Sebaliknya, rasa kesepian dapat meningkatkan risiko demensia. Kajian-kajian sudah menunjukkan bahawa individu yang mengekalkan rangkaian sosial yang lebih besar ketika usia senja ada hubungan dengan fungsi kognitif yang lebih baik.

6. PASTIKAN DAPAT TIDUR CUKUP 

Gangguan tidur, misalnya insomnia kronik, dikaitkan dengan meningkatnya risiko penuruan kegiatan kognitif pada lanjut usia. Namun, para saintis masih belum dapat mengesahkan kaitan antara gangguan tidur kepada keadaan sedemikian, dan sama ada corak tidur yang tidak tetap mungkin menimbulkan lebih risiko berbanding yang lain.

Demensia memang kerap dianggap sebagai penyakit orang lanjut usia, tetapi sesungguhnya proses berbahaya boleh terjadi di otak selama berpuluh-puluh tahun sebelum demensia muncul. Ini bermakna, sekaranglah waktu yang tepat untuk bertindak bagi mengurangkan risiko demensia. 

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan