Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

5 jenis barah yang boleh serang kanak-kanak

Seorang pakar pediatrik di Hospital Dharmais di Indonesia, Cik Mururul Aisyiyah berkata dianggarkan 175,000 kanak-kanak di seluruh dunia disahkan menghidap barah, setiap tahun. 

Anggaran Waktu Membaca:
5 jenis barah yang boleh serang kanak-kanak

(Gambar hiasan: Mediacorp)

Diterbitkan : 23 Oct 2018 11:21PM Dikemas Kini : 23 Oct 2018 11:29PM

JAKARTA: Seorang pakar pediatrik di Hospital Dharmais di Indonesia, Cik Mururul Aisyiyah berkata dianggarkan 175,000 kanak-kanak di seluruh dunia disahkan menghidap barah, setiap tahun.

Kira-kira 90,000 kanak-kanak meninggal dunia akibat terlambat atau kurang menerima rawatan. Ini kerana mereka tidak tahu bagaimana untuk berkongsi rasa sakit yang dialaminya.

Oleh itu, ia adalah penting untuk mengesan barah secepat mungkin supaya kanak-kanak itu dapat menjalani rawatan segera. Penting juga bagi ibu bapa untuk mengenali simptom-simptom dan jenis barah yang boleh menjejas kanak-kanak.

LEUKEMIA

Barah darah atau lebih dikenali leukemia lebih kerap ditemui pada golongan kanak-kanak. Menurut Cik Aisyi, secara purata leukemia menjejas 2.8 bagi setiap 100,000 kanak-kanak. Barah ini juga boleh dialami kanak-kanak kecil.

"Tanda leukemia ialah pesakit hilang selera makan, dapat demam berpanjangan, pucat, rasa lemah dan jadi sangat cerewet. Kita juga perlu lihat perubahan pada tubuh badan seperti perut membesar, mudah lebam. Ia mungkin leukemia," kata Cik Aisyi.

RETINOBLASTOMA

Barah retinoblastoma menyerang bahagian mata, atau lebih khusus lagi, retina. Ia menjejas pada kadar 2.4 bagi setiap 100,000 kanak-kanak. Menurut Cik Aisyi, barah sedemikian selalunya menyerang kanak-kanak bawah usia 5 tahun.

Antara tanda-tanda barah ini termasuk terdapat tanda warna putih pada anak mata, mata juling dan pada peringkat akhir mata kemerahan dan membengkak. Jika tidak dirawat segera, barah ini boleh menyebabkan individu itu menjadi buta.

OSTEOSARCOMA

Satu lagi nama bagi barah ini adalah barah tulang. Ia menjejas 0.97 bagi setiap 100,000 kanak-kanak. Tulang pesakit akan rasa sakit pada pada waktu malam atau selepas melakukan aktiviti-aktiviti, serta bahagian tulang menjadi bengkak dan kemerah-merahan.

LIMFOMA

Limfoma adalah barah sejenis lagi barah darah yang menyerang tisu limfa. Ia berlaku pada kadar 0.75 bagi setiap 100,000 kanak-kanak. Barah ini selalunya menyerang kanak-kanak berusia lima tahun ke atas.

Antara tanda-tandanya ialah, pesakit akan mengalami bengkak di leher, bawah lengan dan perut. Berlaku demam atau jangkitan yang tidak dapat dijelaskan, sakit dada, perut dan tulang. Ketika ini juga, kanak-kanak terbabit mengalami penurunan berat badan secara mendadak. 

NASOFARINGEAL CARCINOMA

"Carcinoma adalah barah di bahagian belakang hidung dan tekak. Ia terletak betul-betul di bawah dasar tekak dan hanya sedikit di atas lelangit lembut. Tanda-tanda awalnya termasuk masalah hidung berdarah, hingus bercampur darah, hidung tersumbat, air liur yang pekat dan masalah pendengaran," menurut Cik Aisyi. 

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan