Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

5 cara mudah mengemas rumah

 Tiada siapa yang sukakan rumah berserak. Namun dek kesibukan gaya hidup hari ini, ramai mungkin mengeluh tentang kesuntukan masa untuk berkemas. Ini 5 tip menyingkatkan masa mengemas atau memudahkan kerja membersihkan rumah.

Anggaran Waktu Membaca:
5 cara mudah mengemas rumah

Gambar hiasan seorang pembersih sedang menyapu lantai (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 09 Nov 2018 12:19AM Dikemas Kini : 09 Nov 2018 12:25AM

BERITAmediacorp: Tiada siapa yang sukakan rumah berserak. Namun dek kesibukan gaya hidup hari ini, ramai mungkin mengeluh tentang kesuntukan masa untuk berkemas.

Laman Momtastic.com menawarkan beberapa tip mudah yang mungkin dapat menyingkatkan masa atau memudahkan kerja-kerja membersihkan rumah.

1. Rumah berbau? Gunakan ketuhar!

Tahukah anda, selain menggunakan penyegar udara, ketuhar juga boleh digunakan untuk menghilangkan bau-bau tidak menyenangkan dengan pantas? Momtastic mengesyorkan supaya anda titiskan minyak pati ke dalam semangkuk air dan panaskan selama sekitar setengah jam untuk mengisi ruang rumah dengan bau wangi.

2. Simpan kain lap pakai buang di setiap sudut rumah

Kadang-kala, berjalan dari satu sudut rumah ke satu sudut rumah yang lain hanya untuk mengambil penyapu, pengelap dan bulu ayam boleh mematahkan 'semangat' untuk mengemas.

Mengapa tidak simpan kain lap serbaguna pakai buang di setiap bilik untuk mempermudahkan kerja anda? Jadi tiada lagilah alasan untuk mengelap habuk dengan lebih kerap.

3. Bersihkan tandas semasa si cilik mandi

Tip ini khusus bagi mereka yang mempunyai anak kecil.

Kebanyakan kanak-kanak memang suka luangkan masa lama di tandas untuk bermain air ketika waktu mandi. Daripada membiarkan masa itu berlalu sahaja, gunakannya untuk membersihkan sudut-sudut lain tandas.

Tapi awas, Momtastic memberi peringatan, lakukan ini hanya jika anak anda pada peringkat usia seperti prasekolah (bukan bayi!) dan berupaya mandi sendiri dengan selamat.

4. Ajak anak-anak kemas sekali

Anak-anak kecil selalu menjadi punca rumah berserak. Namun, mereka juga boleh bantu ringankan tugas mengemas, jika diajar dari usia yang muda.

Selain memudahkan kerja anda membersihkan rumah, ini satu cara untuk memupuk sifat disiplin dan tanggungjawab dalam si cilik.

5. Aturan '5 minit' setiap hari

Memang agak memenatkan jika semua tugas mengemas ditunda ke hujung minggu. Momtastic menasihatkan agar mempertuntukkan masa khusus setiap hari untuk mengemas sedikit-sedikit, agar meringangkan tugas mengemas pada hujung minggu.

Selamat mencuba! 

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan