Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

4 bandar terkotor di dunia

Setiap kali sebelum melancong, perkara pertama yang mungkin difikirkan adalah sama ada destinasi pelancongan itu menarik dan bersih.

Anggaran Waktu Membaca:
4 bandar terkotor di dunia

New Delhi, India berdepan dengan masalah pencemaran udara, menyebabkan para penduduk terdedah kepada pelbagai masalah kesihatan. (Gambar fail: Saumya Khandelwal/Reuters)

Diterbitkan : 13 Oct 2018 01:54PM Dikemas Kini : 13 Oct 2018 02:01PM

KUALA LUMPUR: Setiap kali sebelum melancong, perkara pertama yang mungkin difikirkan adalah sama ada destinasi pelancongan itu menarik dan bersih.

Namun, tahukah anda bahawa empat bandar berikut merupakan antara bandar yang paling tercemar dan kurang bersih di dunia sehingga menyebabkan para penduduknya menghadapi pelbagai masalah kesihatan.

Sebelum anda merancang untuk mengunjungi bandar-bandar tersebut, mungkin baiknya anda membuat persiapan yang mencukupi dahulu.

1. Delhi (India)

Kebanyakan bandar di India mengalami masalah yang serupa, iaitu dari segi kebersihan. Dengan bilangan penduduk yang begitu tinggi iaitu melebihi 1.3 bilion orang, tidak hairan negara ini tersenarai sebagai negara paling kotor di dunia.

India juga berdepan dengan masalah pencemaran udara dan air, sekaligus menyebabkan para penduduknya terdedah kepada pelbagai masalah kesihatan. Namun menurut laporan Astro Awani, pemerintah India kini giat berusaha mencari huraian bagi masalah tersebut.

2. Port au Prince (Haiti)

Port au Prince merupakan badar terbesar di Haiti. Bandar yang terletak di Teluk La Gonave itu juga menghadapi pelbagi masalah pencemaran dan kesihatan, memandangkan ia sebuah pusat dagangan dan perniagaan.

Selain itu, para penduduknya juga berpendapat bahawa kegagalan pemerintah untuk menguatkuasakan undang-undang menyumbang menjadi antara sebab negara itu tercemar, lapor Astro Awani.

3. Luanda (Angola)

Meskipun pernah digelar sebagai bandar termahal di dunia bagi golongan ekspatriat, para penduduk di bandar itu mendapat bekalan air yang tidak sesuai untuk diminum. Astro Awani bagaimanapun menukil satu sumber sebagai menyatakan bahawa Angola kini sedang menjalankan proses pemulihan bagi menghapuskan bakteria kolera yang menular di Angola pada 2016.

4. Dhaka (Bangladesh)

Dhaka, ibu kota Bangladesh dikenali sebagai sebuah pusat perindustrian, perniagaan dan pentadbiran. Bandar yang terletak di Buriganga itu mengalami masalah penduduk yang padat, dengan mempunyai seramai 15 juta penduduk. Keadaan itu sekaligus menyebabkan masalah pencemaran air dan udara.  

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan