Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

30 sumbang suara bagi lagu tema Bulan Bahasa 2018 yang diberi nafas baru

Siapa yang menyanyi? Bukan calang-calang orang. Ada Sidek Saniff (mantan Menteri Negara Kanan). Ada Rahayu Mahzam dan Dr Faishal Ibrahim (Anggota Parlimen). Ada Dr Jazlan Joosoph (pakar perbidanan). 

Anggaran Waktu Membaca:
30 sumbang suara bagi lagu tema Bulan Bahasa 2018 yang diberi nafas baru

Petikan skrin dari video muzik Bahasa Menjunjung Budaya 2018, yang antara lain melibatkan Dr Faishal Ibrahim dan Rahayu Mahzam. (Gambar: Youtube)

BERITAmediacorp: Siapa yang menyanyi? Bukan calang-calang orang. Ada Sidek Saniff (mantan Menteri Negara Kanan). Ada Rahayu Mahzam dan Dr Faishal Ibrahim (Anggota Parlimen). Ada Dr Jazlan Joosoph (pakar perbidanan). Ada ramai selebriti seperti Farhana M Noor, Aidli Alin Mosbit, Marina Yusoff, Asnida Daud dan Cef Bob.

Mereka itu semuanya merupakan antara sekitar 30 orang yang muncul dalam satu muzik video yang baru, sempena meraikan ulang tahun ke-30 kempen Bulan Bahasa.

Lagu yang mereka dendangkan adalah lagu tema Bulan Bahasa yang diberi nafas baru, iaitu Bahasa Menjunjung Budaya.

Agak menarik juga untuk menyaksikan nama-nama yang biasanya berbahas dalam gelanggang politik atau berucap di pentas akademik seperti Prof Madya Hadijah Rahmat, masuk studio dan menjadi 'penyanyi'! Sungguh-sungguh mereka melantun suara sambil melenggang.

Lagu yang pada 1988 digubah oleh Allahyarham Cikgu Muhammad Ariff Ahmad dan skor muziknya oleh Cikgu Abdolah Lamat, kini diberi sentuhan lebih segar dan rancak oleh Duta Bahasa Encik Megat Firdaus.

Kempen Bulan Bahasa tahun ini akan dilancarkan secara rasmi esok (1 Sep), oleh Menteri Pendidikan Ong Ye Kung di Wisma Geylang Serai.

#CABARANGERAKTARIBB TARIK PERHATIAN

Yang pasti, belum pun daya usaha menggalak penggunaan Bahasa Melayu itu dilancarkan, pelbagai kegiatan berkaitan Bulan Bahasa 2018 sudahpun rancak dijalankan.

Sebanyak 17 kegiatan sudah dijalankan sejak 18 Ogos sehingga hari ini.

Selain itu, dalam usaha mendapatkan penyertaan orang ramai, satu cabaran yang memanfaatkan platform media sosial juga sedang dijalankan dengan berlatarbelakangkan lagu Bahasa Menjunjung Budaya.

Usaha yang dikenali sebagai #CabaranGerakTariBB menyaksikan penyertaan anggota masyarakat Melayu daripada berbilang lapisan usia. Cabaran itu memerlukan peserta memuat naik video ‘gerak tarian lagu Bulan Bahasa’ atau mengikut versi kreatif mereka dan menyertakan 'hashtag' berkenaan.

Antara yang menarik perhatian adalah video muzik kumpulan tarian tempatan Kres Dancers dan tarian murid-murid Sekolah Rendah Admiralty.

#cabarangeraktaribb #andari #admiraltyprimaryschool

A post shared by شافق ايزواند | ��❤️�� (@syafiqizuandi) on

Satu lagi usaha baik adalah daripada Dr Elly Sabrina, yang memuat naik penyertaan beliau meskipun "kurang tersusun", katanya.

Tarikh tutup bagi penyertaan cabaran gerak tari tersebut dilanjutkan sehingga 14 Oktober ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan