Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

3 model baru iPhone mungkin dilancar bulan ini

Syarikat Apple Inc. pada minggu lalu mengumumkan bahawa satu acara bakal diadakan pada 12 September ini di Steve Jobs Theater, Cupertino.

Anggaran Waktu Membaca:
3 model baru iPhone mungkin dilancar bulan ini

Gambar fail majlis pelancaran iPhone X pada tahun lalu. (Gambar: Stephen Lam/Reuters)

Diterbitkan : 06 Sep 2018 09:11PM Dikemas Kini : 06 Sep 2018 09:15PM

CALIFORNIA: Syarikat Apple Inc. pada minggu lalu mengumumkan bahawa satu acara bakal diadakan pada 12 September ini di Steve Jobs Theater, Cupertino.

Meskipun tidak mengumumkan maklumat lanjut mengenai acara itu, namun khabar angin bertiup kencang bahawa Apple bakal melancarkan tiga jenis model iPhone baru, jelmaan dari model iPhone X yang menerima sambutan baik tahun lalu.

Dua daripadanya disebut-sebut dilengkapi skrin berdefinisi tinggi OLED dengan masing-masing berukuran 5.8 inci dan 6.5 inci.

Apple juga dijangka melancarkan satu lagi model telefon dengan harga yang lebih berpatutan dengan skrin 6.1 inci dan dilengkapi dengan skrin LCD, lapor Astro Awani.

Ketiga-tiga telefon tersebut juga dikatakan mempunyai reka bentuk yang sama seperti model iPhone X sedia ada, iaitu mempunyai paparan skrin lebar.

Telefon berkenaan juga akan dilengkapi dengan sensor 3D bagi fungsi pengecaman ID muka dan ia turut memperkenalkan warna iPhone baru yang kelihatan emas keperangan.

Astro Awani difahamkan bahawa kabel menggunakan teknologi USB-C yang baru juga akan dipertingkatkan dengan ciri pengecasan yang lebih pantas.

Model iPhone terbaru itu juga dijangka dihasilkan dengan cip terbaru dari syarikat tersebut, iaitu Apple A12 di mana cip berkenaan berupaya meningkatkan lagi prestasi telefon dan juga baterinya.

Kamera iPhone itu juga bakal menjadi tarikan terbesar bagi para pengguna iPhone kerana ia dilengkapi lensa yang lebih besar, yang boleh menghasilkan apertur atau bukaan lensa gambar yang lebih luas.

Menurut Astro Awani, majlis pelancaran itu akan disiarkan secara langsung di Internet.

Selain iPhone, acara tersebut juga dijangka mengumumkan versi terbaru jam tangan bijak Apple Watch dan iPad Pro yang baru. 

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan