Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki ini main piano untuk 'rawat' gajah sakit di Thailand

Gajah-gajah di Elephants World di Thailand pasti tidak akan melupakan Encik Paul Barton. 

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki ini main piano untuk 'rawat' gajah sakit di Thailand

(Gambar hiasan: AFP)

Diterbitkan : 13 Nov 2018 11:15PM Dikemas Kini : 13 Nov 2018 11:21PM

THAILAND: Gajah-gajah di Elephants World di Thailand pasti tidak akan melupakan Encik Paul Barton.

Encik Barton adalah insan yang bertanggungjawab memperkenalkan muzik klasik kepada haiwan-haiwan itu.

Encik Barton sendiri adalah seorang pemain piano klasik yang pernah berkongsi bakatnya dengan para penonton yang secara zahirnya juga 'amat besar'.

Beliau banyak meluangkan masa bermain muzik untuk gajah-gajah tersebut. Encik Barton turut mengongsi pengalamannya bersama haiwan-haiwan tersebut di saluran YouTube dan Facebook dan semua videonya menjadi viral.

Beliau mula berbuat demikian selepas beliau dan isterinya pertama kali menjumpai Elephants World secara online, dedah Encik Barton dalam satu rakaman video. "Kami berasa senang kerana ia seperti sebuah pusat persaraan bagi gajah-gajah yang tua, cedera dan cacat," kata Encik Barton. "Kami kemudian memutuskan untuk mengunjungi tempat ini dan saya rasa gajah-gajah ini juga mungkin gemar mendengar muzik klasik yang perlahan rentaknya.

Encik Barton turut bertanya para pekerja di Elephants World sama ada beliau boleh membawa pianonya dan memainkan muzik untuk haiwan-haiwan tersebut. Dan permintaan ini direstui oleh pihak Elephants World.

Seekor gajah buta yang sedang makan tiba-tiba terpegun dan berhenti makan apabila terdengar muzik Beethoven semasa beliau pertama kali bermain piano di Elephants World.

"(Haiwan) itu kerap dalam kesakitan dan saya rasa muzik tersebut memberinya sedikit ketenangan," kata Encik Barton dalam sebuah video.

Menurut ahli muzik itu, gajah berkenaan adalah haiwan pertama yang menunjukkan minat terhadap muziknya. Malangnya menurut Encik Barton, gajah tersebut mati disebabkan jangkitan. "Kematiannya membuat saya amat sedih," katanya lagi.

Namun, pemain muzik tersebut terus membuat persembahan di Elephants World untuk haiwan-haiwan lain yang sakit.

Elephants World menjadi tempat tinggal bagi beberapa ekor gajah yang sudah tua dan ada yang buta.

Menurut Encik Barton, beliau percaya bahawa muzik dapat menenangkan gajah-gajah tersebut. 

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan