Skip to main content

Iklan

Iklan

Komentar

KOMENTAR: Lanjut usia bukan beban tetapi peluang keemasan

Golongan Warga Emas seperti pengertian ‘emas’ itu sendiri haruslah mendapat sanjungan kita yang sepatutnya dalam bab kehidupan mereka selanjutnya. Penuaan tidak bermakna usia senja sahaja; sepatutnya dilihat sebagai permulaan, bak terbitnya mahatari yang menandakan hari baharu.  

Anggaran Waktu Membaca:

Golongan Warga Emas seperti pengertian ‘emas’ itu sendiri haruslah mendapat sanjungan kita yang sepatutnya dalam bab kehidupan mereka selanjutnya. Penuaan tidak bermakna usia senja sahaja; sepatutnya dilihat sebagai permulaan, bak terbitnya mahatari yang menandakan hari baharu.

Seorang warga emas di Singapura. (Gambar: Francine Lim)

BERITAMediacorp: Tahun lepas, terdengar berita tentang inisiatif oleh Singpost yang membenarkan para posmen untuk menjenguk warga emas yang kesunyian ataupun yang sebatang kara di rumah mereka.

Semasa mereka menjalankan tugas, posmen-posmen ini, secara sukarela, akan melawat warga emas yang kurang upaya dari segi kesihatan dan juga mempunyai jaringan sosial yang terhad.

Setiap minggu, mereka akan mengunjungi antara satu hingga tiga warga emas yang menetap dalam kawasan tugasan mereka.

Pada dasarnya, inisiatif ini kelihatan sebagai usaha yang menyentuh hati bukan? Namun, jika kita menyingkap kembali usaha tersebut, sedarkah anda tentang sosok yang tersembunyi disebalik cerita yang disambut baik ini?

Lazimnya, berita seperti ini akan memaparkan warga emas yang menerima bantuan tersebut sebagai penerima yang pasif. Mereka hanya menerima tanpa diperkasakan dan dilihat sebagai menyumbang kepada masyarakat.

Oleh itu, bagaimanakah boleh kita melibatkan warga emas tanpa memperkecilkan kemampuan mereka?

Gambar fail seorang warga senja di Singapura. (Gambar: Xabryna Kek) 

MENGENAI PENULIS:

Adlina Maulod ialah seorang ahli antropologi yang mempunyai keyakinan di dalam kuasa penceritaan bagi keadilan sosial. Kajian Ad menyelidiki hubungan di antara penentu struktur dan sosial untuk ‘penuaan berjaya’ bagi mencorak dan membina program-program sesuai yang dapat menyokong kesihatan dan pemerkasaan sosial warga berumur yang rentan di Singapura.

Siti Hazirah Mohamad ialah seorang Penyelidik Bersekutu di sebuah pusat kajian penjagaan paliatif di Singapura. Beliau mempunyai minat yang mendalam terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan akhir hayat dan juga pemergian yang bermakna. Lulusan Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Kebangsaan Singapura di peringkat sarjana muda dan sarjana, beliau percaya bahawa pembinaan wacana kritis amat penting bagi membina masyarakat Melayu yang berdaya fikir ke arah kemajuan dan menitikberatkan keadilan sosial.  
    

Sumber : BERITA Mediacorp/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan