Skip to main content

Iklan

Iklan

Komentar

KOMENTAR: Bahaya pemikiran sempit dan eksklusif terhadap masyarakat berbilang kaum dan agama

Bagaimana insiden lelaki mengherdek promoter arak baru-baru ini boleh menjadi panduan kepada masyarakat tentang perlunya kita menjaga keharmonian kaum dan agama.

Anggaran Waktu Membaca:
KOMENTAR: Bahaya pemikiran sempit dan eksklusif terhadap masyarakat berbilang kaum dan agama

Petikan gambar promoter bir yang dimuatnaik di laman sosial.

Malaysia, sebuah negara yang merangkumi pelbagai kaum terdiri daripada orang Islam, Kristian, Hindu serta agama-agama lain.

Satu urusan yang harus dihadapi negara seperti Malaysia ialah penjagaan keharmonian sosial antara berbagai kaum.

Namun, urusan ini sering disangkalkan oleh kejadian-kejadian yang menunjukkan pemikiran manusia yang kolot.

Inilah halangan yang wujud di Malaysia hampir setiap hari. Halangan ini menjadi lebih besar lagi dengan pemahaman Islam yang eksklusif.

PEMBULIAN ATAS NAMA AGAMA

Dua minggu lalu, suratkhabar Malaysia “Star Online” melaporkan suatu kejadian yang membabitkan seorang lelaki beragama Islam dan serorang wanita yang tidak beragama Islam.

Kejadian ini berlaku di pasar besar ‘Giant’ ketika wanita tersebut cuba untuk menarik perhatian para pembeli kepada tempat yang menjual arak ‘Carlsberg’.

Lelaki Islam itu menghina perempuan tersebut dengan alasannya bahawa aksi penjualan itu merupakan satu perbuatan yang tidak menghormati masyarakat Islam, terutamanya dalam konteks negara Islam seperti Malaysia.

Dia kemudian bertanya kepada wanita itu, dalam bahasa Inggeris “Can you speak Bahasa Malaysia? This is the land of the Malays, speak in BM” (Boleh awak bercakap dalam Bahasa Malaysia? Ini tanah orang Melayu, cakap dalam BM).

Pada saat video itu dimuatnaik dan disebarkan, lelaki Islam itu yang dikenali sebagai Eddy Rejang, menggunakan unsur kaum dan agama untuk “mendidik” promoter bir itu mengenai kesilapannya.

Eddy turut merakam kejadian itu sendiri sebelum ia dimuatnaik ke laman Internet.

Promoter bir tersebut membalas dengan kritikan terhadap kekolotan lelaki itu. Dia pun menafikan tuduhan bahawa promosi bir tidak menghormati masyarakat Islam.

Akhirnya, lelaki itu memberikan isyarat lucah terhadap promoter bir saat arahannya untuk menggunakan bahasa Melayu diabaikan.

BUKAN MEMALUKAN SESIAPA

Saya turut menerbitkan sebuah artikel dalam Bahasa Inggeris di bawah salah sebuah agensi berita di Malaysia.

Setelah artikel saya diterbitkan beberapa anggota masyarakat kemudian memberikan komen dengan mengatakan bahawa lelaki tersebut sudah memohon maaf dan bertaubat.

Di sini pihak netizens merasakan bahawa tidak perlu untuk saya mengkritik Eddy.

Namun, di sisi yang lain pula, seorang netizen memberikan komen bahawa saya cuma ingin membanding-bandingkan antara Singapura dengan Malaysia.

Singapura kelihatan lebih maju dari segi masyarakatnya yang harmoni kerana permusuhan antara berbagai kaum tidak ketara di Singapura.

Walaupun begitu, perlu ditekankan bahawa matlamat sebenar saya sama sekali bukan untuk memuji pemerintah Singapura atau memalukan Eddy.

Malah netizen tersebut turut menyatakan bahawa ‘’perbandingan’’ saya tidak adil kerana Singapura dan Malaysia berbeza dari segi politik dan sosialnya.

PEMIKIRAN SEMPIT

Walaupun Eddy sudah menyesal dan membuat permohonan atas insiden tersebut, kita sebagai anggota masyarakat perlulah memberikan perhatian kepada kepentingan mengukuhkan keharmonian sosial.

Kita juga harus mengambil kira bahawa Eddy memohon maaf selepas dia dikiritk dan dan bukannya SEBELUM kritikan itu berlaku ke atas dirinya.

Malangnya, kejadian seperti ini hanya merupakan tanda adanya pemikiran yang tidak bertoleransi terhadap orang bukan Islam di Malaysia.

Kini, ICERD, atau Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum, sedang diperbahaskan atas kesahannya dalam konteks Malaysia.

Presiden UMNO Zahid Hamidi semasa perhimpunan anti-ICERD (Gambar: Amir Yusof/Mediacorp)
Beberapa orang mengadakan bantahan terhadap usulan kerajaan untuk meterai ICERD. (Gambar: BERNAMA)

 

Sumber : BERITA Mediacorp/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan