Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Zaqy Mohamad gesa pekerja, syarikat dan kesatuan teruskan transformasi industri

Para pekerja, syarikat-syarikat dan kesatuan perlu meneruskan transformasi industri di tengah-tengah kelembapan ekonomi serta perubahan disebabkan teknologi.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Oct 2019 05:32PM Dikemas Kini : 16 Oct 2019 09:08PM

SINGAPURA: Para pekerja, syarikat-syarikat dan kesatuan perlu meneruskan transformasi industri di tengah-tengah kelembapan ekonomi serta perubahan disebabkan teknologi.

Ini akan membantu perniagaan-perniagaan Singapura kekal berdaya saing dan relevan.

Menteri Negara bagi Tenaga Manusia Zaqy Mohamad membuat gesaan itu di Persidangan dan Pameran Ekonomi masa hadapan hari ini (16 Okt).

Beliau juga mengumumkan pelancaran beberapa inisiatif untuk terus memacu usaha-usaha pendigitalan.

Di bawah satu Memorandum Persefahaman (MOU), para anggota Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) kini mempunyai lebih banyak peluang meningkatkan kemahiran.

SBF bersama Institut Sains Sistem di Universiti Nasional Singapura (NUS) akan menawarkan tiga program latihan. Ini termasuk kursus latihan untuk membantu para pemilik perniagaan melakar strategi digital mereka.

"Membina ekonomi kita memerlukan minda yang betul - untuk menjadi proaktif, mempunyai keberanian untuk mencuba cara-cara baru melakukan sesuatu dan untuk bekerjasama antara satu sama lain," ujar Encik Zaqy.

"Kita bermula dari asas yang baik dengan banyak inisiatif dan program diadakan bagi industri-industri kita. Kita juga mahu memastikan bahawa sokongan itu meliputi luas syarikat-syarikat dan para pekerja."

Satu wadah untuk membantu syarikat-syarikat menganalisis kekuatan dan kelemahan perjalanan digital juga sudahpun dibangunkan.

Dengan itu, syarikat-syarikat boleh memantau kemajuan usaha perubahan digital masing-masing. 

Sumber : CNA/MM
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan