Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Yuran lesen hotel, ejen pelancongan, pemandu pelancong akan dikecualikan sehingga Dis 2021

Yuran lesen bagi hotel, ejen pelancongan dan pemandu pelancong akan terus dikecualikan sehingga hujung tahun ini sebagai sebahagian daripada usaha Pemerintah untuk memulihkan sektor pelancongan tempatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Yuran lesen hotel, ejen pelancongan, pemandu pelancong akan dikecualikan sehingga Dis 2021

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 02 Mar 2021 05:50PM Dikemas Kini : 02 Mar 2021 05:55PM

SINGAPURA: Yuran lesen bagi hotel, ejen pelancongan dan pemandu pelancong akan terus dikecualikan sehingga hujung tahun ini sebagai sebahagian daripada usaha Pemerintah untuk memulihkan sektor pelancongan tempatan.

Sebelum ini yuran tersebut dikecualikan sehingga hujung tahun lalu.

Mengumumkannya semasa Parlimen membahaskan peruntukan bagi Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada Selasa (2 Mac), Menteri Negara Alvin Tan berkata sektor yang terjejas teruk itu mungkin akan terus mengalami kesulitan disebabkan oleh sekatan-sekatan perjalanan yang dikuatkuasakan.

Bantuan sedang dihulurkan, dengan syarikat-syarikat pelancongan dijangka akan menerima subsidi gaji di bawah Skim Bantuan Pekerjaan (JSS) selama enam bulan lagi sehingga September tahun ini. Pada 2020, skim berkenaan berhasil membantu lebih 7,000 syarikat dalam sektor tersebut, kata Encik Tan.

Dengan ketibaan pelawat antarabangsa dijangka kekal lemah tahun ini, kempen dan skim baucar SingapoRediscovers akan membantu untuk merancakkan permintaan tempatan yang dianggap "kritikal" bagi sektor itu.

Encik Tan turut menarik perhatian bahawa pemerintah sedang memantau maklum balas dan meneroka cara-cara baru untuk memperbaiki skim itu.

Dengan COVID-19 mengubah landskap pelancongan dan norma-norma percutian di luar negara, usaha sedang dipergiatkan untuk membantu sektor itu menjalani transformasi dan mempertingkatkan daya tahan Singapura terhadap gangguan-gangguan di masa hadapan.

Menurut Encik Tan, teknologi adalah kaedah yang berguna. Beliau turut menukil bagaimana para penganjur acara Pesta Fintech Singapura dan Minggu Inovasi dan Teknologi Singapura pada tahun lalu beralih ke acara hibrid dengan menggunakan wadah online 24 jam.

Langkah-langkah lain termasuk inisiatif SingapoReimagine oleh Lembaga Pelancongan Singapura (STB) untuk mengukuhkan kedudukan Singapura sebagai sebuah destinasi yang menarik dan selamat dan sebuah wadah baru yang dijangka akan dilancarkan pada tahun ini bagi pihak-pihak berkepentingan industri untuk mewujudkan dan menguji huraian-huraian baru.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan