YouTube sekat kandungan berbentuk antivaksin COVID-19
YouTube akan menyekat semua kandungan bersifat antivaksin COVID-19, termasuk yang melemparkan tuduhan seolah-olah vaksin menyebabkan kesan kronik pada penerima, serta maklumat yang tidak benar mengenainya.
WASHINGTON: YouTube akan menyekat semua kandungan bersifat antivaksin COVID-19, termasuk yang melemparkan tuduhan seolah-olah vaksin menyebabkan kesan kronik pada penerima, serta maklumat yang tidak benar mengenainya.
Washington Post, yang menukil salah seorang naib presiden YouTube Matt Halprin, melaporkan syarikat video dalam talian yang dimiliki Alphabet itu juga akan menyekat beberapa aktivis antivaksin terkenal dengan membataskan saluran mereka.
Ini termasuk Robert F Kennedy Jr dan Joseph Mercola, yang telah lama terkenal dalam gerakan antivaksin.
Langkah itu diambil kerana YouTube dan beberapa gergasi teknologi lain seperti Facebook dan Twitter dikritik kerana tidak mengambil tindakan sewajarnya bagi menghentikan penyebaran maklumat kesihatan palsu di laman sesawang mereka.
Walaupun YouTube mengambil langkah tegas menangani isu ini, ia tetap mendapat reaksi balas yang negatif dari beberapa negara.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.