Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Xi Jinping ikrar akan perluas pasaran China

China melahirkan sokongannya kepada Perkongsian Menyeluruh Ekonomi Serantau (RCEP) yang selesai dirundingkan di sidang puncak ASEAN semalam.

Anggaran Waktu Membaca:
Xi Jinping ikrar akan perluas pasaran China

Presiden China Xi Jinping berucap di pameran dagangan di Shanghai pada 5 Nov 2019 (Gambar: AFP/Hector Retamal)

Diterbitkan : 05 Nov 2019 07:08PM Dikemas Kini : 05 Nov 2019 07:16PM

SHANGHAI: Presiden Xi Jinping pada Selasa (5 Nov) berikrar untuk membuka luas ekonomi China.

Beliau berkata demikian semasa berucap di pameran dagangan antarabangsa di Shanghai.

Dalam pada itu, beliau jugak melahirkan sokongannya terhadap Perkongsian Menyeluruh Ekonomi Serantau (RCEP).

Encik Xi menekankan masyarakat antarabangsa perlu menegakkan prinsip-prinsip dagangan berbilang pihak dan berdiri teguh menentang dasar perlindungan dalam sistem dagangan global.

RCEP melibatkan negara-negara Asia Tenggara dan lima negara lain termasuk China.

Meskipun India memutuskan untuk tidak menyertai perjanjian itu, ASEAN komited untuk menandatangani perjanjian tersebut tahun depan.

Sumber : Agensi berita/MM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan