Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

WhatsApp tambah ciri panggilan suara, video pada aplikasi desktop

WhatsApp yang dimiliki Facebook, memperkenalkan ciri-ciri panggilan suara dan video pada aplikasi desktopnya, menurut syarikat itu pada Khamis (4 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
WhatsApp tambah ciri panggilan suara, video pada aplikasi desktop

(Gambar: Dado Ruvic/Reuters)

Diterbitkan : 05 Mar 2021 09:08AM Dikemas Kini : 05 Mar 2021 09:09AM

NEW YORK: WhatsApp yang dimiliki Facebook, memperkenalkan ciri-ciri panggilan suara dan video pada aplikasi desktopnya, menurut syarikat itu pada Khamis (4 Mac).

Para pengguna boleh menggunakan layar komputer untuk membuat panggilan secara potret dan landskap, dan panggilan dengan penyulitan dari sumber ke destinasi.

"Kami bermula dengan ciri panggilan dari satu orang ke satu yang lain pada aplikasi desktop WhatsApp supaya kami boleh memberikan anda pengalaman yang dipercayai dan bermutu tinggi.

"Kami akan memperluaskan ciri-ciri ini untuk merangkumi panggilan video dan suara secara berkumpulan di masa hadapan," menurut WhatsApp dalam satu kenyataan.

Menukil seorang jurucakap Facebook, TechCrunch melaporkan bahawa sokongan bagi panggilan suara dan video tidak akan dilanjutkan kepada versi penyemak imbas WhatsApp.

Langkah untuk memudahkan panggilan menerusi layar yang besar akan meletakkan WhatsApp setaraf dengan syarikat-syarikat yang menawarkan khidmat persidangan video, Zoom dan Google Meet. Bagaimanapun, tidak jelas jika syarikat itu mempunyai cita-cita untuk bersaing dengan kedua-dua syarikat berkenaan dalam ruang perusahaan.

WhatsApp, yang merakam 1.4 bilion panggilan suara dan video pada malam Tahun Baru tahun lalu, meraih manfaat daripada pandemik COVID-19 sedang orang ramai di seluruh dunia menggunakan aplikasi panggilan video untuk terus berhubung sedang mereka duduk di rumah.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan