Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Warga asing tidak dibenarkan beli rumah projek Forest City di Johor

Malaysia tidak akan membenarkan warga asing membeli unit-unit perumahan yang dibangunkan di bawah projek Forest City bernilai AS$100 bilion (S$136.45 bilion), tegas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada Isnin (27 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Aug 2018 01:16PM Dikemas Kini : 28 Aug 2018 12:02AM

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak akan membenarkan warga asing membeli unit-unit perumahan yang dibangunkan di bawah projek Forest City bernilai AS$100 bilion (S$136.45 bilion), tegas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada Isnin (27 Ogos).

Projek itu menjadi tidak menentu selepas Pakatan Harapan yang diterajui oleh Dr Mahathir menang mengejut dalam pilihan raya umum pada 9 Mei lalu.

Pemaju hartanah Country Garden Holdings Co sedang berusaha untuk merangsang permintaan bagi membangunkan bandar yang dapat menampung seramai 700,000 penduduk.

Model reka bentuk Forest City. (Gambar fail: TODAY)

Model reka bentuk Forest City. (Gambar fail: TODAY)

"Satu perkara yang pasti ialah bandar yang akan dibina itu tidak boleh dijual kepada warga asing. Kami tidak akan memberi visa kepada mereka yang datang dan menetap di sini," kata Dr Mahathir kepada para wartawan di satu sidang media.

"Kami membantahnya kerana ia dibangunkan untuk warga asing, bukan untuk rakyat Malaysia. Ramai rakyat Malaysia tidak dapat membeli unit-unit tersebut."

Sumber : CNA/AW/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan