Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Volvo tarik balik 167,000 kereta kerana kemungkinan masalah pintu belakang

Pengeluar kereta dari Sweden Volvo Cars, milik kumpulan syarikat China Geely, pada Rabu (6 Feb) menyatakan ia akan menarik balik 167,000 kereta dari serata dunia akibat masalah pintu belakang (tailgate).

Anggaran Waktu Membaca:
Volvo tarik balik 167,000 kereta kerana kemungkinan masalah pintu belakang

Gambar fail kereta Volvo XC60 (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 06 Feb 2019 10:58PM Dikemas Kini : 06 Feb 2019 11:02PM

STOCKHOLM: Pengeluar kereta dari Sweden Volvo Cars, milik kumpulan syarikat China Geely, pada Rabu (6 Feb) menyatakan ia akan menarik balik 167,000 kereta dari serata dunia akibat masalah pintu belakang (tailgate).

Pengumuman itu dibuat menyusuli satu lagi pengumuman oleh Volvo dua minggu lalu untuk menarik balik 219,000 kenderaan bagi memperbaiki masalah yang mungkin boleh menyebabkan kebocoran minyak di bahagian enjin.

Pada Rabu, syarikat tersebut memaklumkan pelanggan yang memiliki XC60 model 2018 dan 2019 bahawa "komponen rosak pada kereta yang dilengkapi dengan pintu belakang menggunakan kuasa elektrik" berkemungkinan menyebabkan "kecederaan diri".

"Dalam iklim sejuk, penggerak pintu belakang mungkin terpisah dan mengakibatkan bunyi bising atau tidak dapat berfungsi," menurut syarikat itu yang turut menekankan pihaknya belum menerima sebarang aduan tentang "kecederaan ketara".

"Ini adalah satu langkah pencegahan untuk mengelakkan sebarang isu pada masa hadapan," menurut Volvo lagi.

Pelanggan yang terjejas akan menerima surat dengan arahan untuk menghubungi pengedar mereka bagi kerja pembaikan percuma.

Sejak Geely memperoleh syarikat Sweden itu dari Ford pada 2010, Volvo Cars berjaya meraih semula keuntungan.

Ia kini memberi tumpuan kepada kenderaan pandu sendiri dan menggunakan kuasa elektrik atau hibrid.

Pada 2017 apabila ia mencatat paras rekod penjualan, syarikat itu mengumumkan ia akan hanya melancarkan kereta model elektrik atau hibrid sehingga 2019.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan