Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Utico meterai perjanjian bagi selamatkan Hyflux

Syarikat perbekalan awam yang berpangkalan di Amiriah Arab Bersatu (UAE), Utico FZC, menyatakan pada Selasa (27 Ogos) bahawa ia sudah mempersetujui perjanjian untuk menyusun semula syarikat rawatan air Singapura, Hyflux.

Anggaran Waktu Membaca:
Utico meterai perjanjian bagi selamatkan Hyflux

(Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 27 Aug 2019 10:17PM Dikemas Kini : 27 Aug 2019 10:22PM

SINGAPURA: Syarikat perbekalan awam yang berpangkalan di Amiriah Arab Bersatu (UAE), Utico FZC, menyatakan pada Selasa (27 Ogos) bahawa ia sudah mempersetujui perjanjian untuk menyusun semula syarikat rawatan air Singapura, Hyflux.

Perjanjian tersebut memberikan pegangan saham sebanyak 88 peratus kepada Utico.

Dahulu dijulang sebagai pejuang sumber air strategik negara, Hyflux kini dalam proses penyusunan semula yang diselia oleh mahkamah dan ini mungkin akan menjejas berpuluh-puluh ribu pelabur runcitnya.

Menurut Utico, ia mempersetujui perjanjian dengan Hyflux pada Isnin, hari terakhir sebelum rundingan bagi perjanjian eksklusif itu dimuktamadkan.

Butiran kewangan mengenai perjanjian itu bagaimanapun tidak didedahkan.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan