Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Utico lanjutkan tarikh akhir tawaran pelaburan Hyflux

Syarikat perbekalan awam Utico dari Amiriah Arab Bersatu, melanjutkan tarikh tamat tempoh untuk memeterai perjanjian dengan Hyflux kepada 27 Jun, menurut syarikat rawatan air itu pada Selasa (18 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Utico lanjutkan tarikh akhir tawaran pelaburan Hyflux

(Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 18 Jun 2019 11:05PM Dikemas Kini : 18 Jun 2019 11:11PM

SINGAPURA: Syarikat perbekalan awam Utico dari Amiriah Arab Bersatu, melanjutkan tarikh tamat tempoh untuk memeterai perjanjian dengan Hyflux kepada 27 Jun, menurut syarikat rawatan air itu pada Selasa (18 Jun).

Utico, satu daripada tujuh firma berpotensi melabur dalam Hyflux, sebelum ini memberi syarikat itu sehingga 17 Jun untuk menandatangani perjanjian bagi pelaburan bernilai S$400 juta.

Perjanjian penyusunan semula antara Hyflux dan syarikat SM Investments sebelum ini dibatalkan pada awal April. Syarikat rawatan air itu pada Mei mengumumkan Utico menyampaikan draf perjanjian namun pihaknya belum lagi menerima atau mencapai sebarang persetujuan.

Proses penyusunan semula Hyflux yang sudah berlarutan setahun dipantau rapi oleh puluhan ribu pelabur runcit. Syarikat tersebut menyatakan pihaknya terus berhubung dengan firma-firma yang berpotensi melabur dan akan membuat pengumuman sewajarnya apabila ada sebarang perkembangan ketara.

Syarikat tersebut sebelum ini mendedahkan dana pelaburan antarabangsa Oyster Bay Fund dan sebuah syarikat penyulingan yang tidak didedahkan namanya berminat untuk membuat pelaburan.

Pada Sabtu, Hyflux mendedahkan satu lagi firma - pelabur dari China yang tidak didedahkan identitinya, menyerahkan surat yang menyatakan hasrat untuk melabur. 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan