Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Usaha dipergiat bagi rancakkan perniagaan di estet kejiranan

Satu pesta seluruh negara dilancarkan untuk menjadikan kawasan-kawasan kejiranan sebagai tempat tumpuan penduduk semua peringkat usia.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 Nov 2021 08:25PM Dikemas Kini : 28 Nov 2021 10:10PM

SINGAPURA: Satu pesta seluruh negara dilancarkan untuk menjadikan kawasan-kawasan kejiranan sebagai tempat tumpuan penduduk semua peringkat usia.

Para penganjur juga berharap usaha itu dapat membantu sekitar 40,000 perniagaan yang teruk terjejas akibat pandemik COVID-19.

Pesta Kejiranan selama tiga bulan itu menampilkan kegiatan fizikal dan maya.

Ini termasuk lawatan ke mercu tanda ikonik, pertandingan makan dan beli-belah serta kempen media sosial yang mempelawa orang ramai mengundi penjaja pilihan mereka.

Menurut Persekutuan Persatuan-persatuan Peniaga Singapura, jumlah pengunjung ke kawasan kejiranan menjunam separuh akibat pandemik.

Ia berharap kegiatan ini akan merancakkan semula estet kejiranan.

Semasa melancarkannya, Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata, perniagaan-perniagaan juga perlu membuat penyesuaian dan perubahan untuk terus maju. 

Sumber : CNA/EM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan