Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Urus niaga perbankan digital DBS cecah paras tertinggi tahun ini

Bank terbesar Singapura, DBS, menyatakan urus niaga perbankan digitalnya mencapai paras tertinggi tahun ini. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Sep 2020 07:56PM Dikemas Kini : 21 Sep 2020 08:46PM

SINGAPURA: Bank terbesar Singapura, DBS, menyatakan urus niaga perbankan digitalnya mencapai paras tertinggi tahun ini.

Dalam lima bulan pertama, transaksi digital DBS naik sekurang-kurangnya tiga kali ganda berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Daripada 5.3 juta pelanggannya di Singapura, 3.5 juta daripada mereka menggunakan kaedah perbankan digital.

Antara Jun hingga Ogos lalu pula, jumlah pendaftaran bagi aplikasi mudah alih DBS juga naik tiga kali ganda berbanding tahun lalu.

Ini menyebabkan jumlah urus niaga secara tunai menjunam 34 peratus atau S$7 bilion.

DBS percaya trend meningkat dalam penggunaan kaedah digital akan berterusan setelah pandemik berakhir nanti.  

Sumber : CNA/AQ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan