Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Urus niaga digital pemacu perniagaan AirAsia, kata Tony Fernandes

AirAsia Group Bhd berminat untuk membeli platform digital di luar negara bagi meningkatkan segmen perniagaan digitalnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Urus niaga digital pemacu perniagaan AirAsia, kata Tony Fernandes

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 23 Apr 2019 09:23AM Dikemas Kini : 23 Apr 2019 09:26AM

SEPANG: AirAsia Group Bhd berminat untuk membeli platform digital di luar negara bagi meningkatkan segmen perniagaan digitalnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes, berkata: "Pastinya... sebahagian akan menjadi MA (penggabungan dan pengambilalihan), sebahagian lagi usaha sama."

Apabila ditanya negara mana yang disasarkan oleh kumpulan itu, beliau berkata: "Tunggu dan lihat."

Encik Fernandes berkata demikian kepada para wartawan selepas melancarkan ruang atas bangunan serba baru AirAsia RedQ pada Isnin (22 Apr).

Pada masa hadapan, Encik Fernandes berkata perniagaan digital akan menjadi sebahagian besar daripada hasil kumpulan.

"Bagaimanapun, saya tidak mahu membuat sebarang ramalan tetapi beberapa tahun lalu, saya ada katakan bahawa pendapatan sampingan akan menjadi bahagian yang besar daripada perniagaan kami, dan ia menjadi 25 peratus. Saya percaya digital akan menjadi lebih besar,” katanya.

Mengulas mengenai ruang atas bangunan serba baru itu, Encik Fernandes berkata ia bertujuan untuk memacu integrasi antara kakitangan daripada jabatan berbeza ke arah masa depan digital yang lebih menarik.

"Digital adalah berkisar tentang jabatan bekerjasama lebih rapat. Kami sedang dalam usaha mengujakan untuk menjadikan AirAsia lebih daripada sekadar syarikat penerbangan,” katanya.   

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan