Images
  • uob branch
    (Gambar fail: Nurfarahhin)

Untung bersih UOB Group melonjak 8% kepada S$1.2 bilion bagi suku ketiga

SINGAPURA: Untung bersih UOB Group melonjak 8 peratus kepada S$1.2 bilion bagi suku ketiga tahun ini, berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Peningkatan itu hasil pendapatan dari yuran bank serta dagangan dan pelaburan, menurut UOB dalam laporan kewangannya.

Pendapatan selepas ditolak liabiliti atau pendapatan faedah bersih, naik 5 peratus kepada S$1.69 bilion berbanding setahun lalu. Ini dipacu oleh pertumbuhan pinjaman yang sihat.

Pendapatan yang diraih selepas ditolak bayaran faedah kepada pemberi pinjaman, jatuh empat mata asas kepada 1.77 peratus.

Bagi sembilan bulan pertama tahun ini, bank itu menyatakan ia mencatat jumlah rekod pendapatan bersih iaitu S$3.34 bilion, peningkatan 8 peratus daripada setahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif UOB Group Wee Ee Cheong berkata pihaknya berjaya mengekalkan lejangan pertumbuhan sejauh ini walaupun ekonomi global kini lembap.

Namun demikian ia menjangkakan sentimen perniagaan keseluruhannya dijangka terjejas dengan cabaran global pada bulan-bulan mendatang.

Tiada dividen diisytiharkan buat suku ketiga. 

- CNA/HK/na

Top