Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Uber akan kemukakan rayuan berhubung perjanjian dengan Grab

Uber Technologies memutuskan untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura (CCCS) bagi menegaskan bahawa gabungan antara Uber dengan pesaingnya, Grab, tidak melanggar undang-undang persaingan negara.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Oct 2018 04:46PM Dikemas Kini : 22 Oct 2018 09:07PM

SINGAPURA: Uber Technologies memutuskan untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura (CCCS) bagi menegaskan bahawa gabungan antara Uber dengan pesaingnya, Grab, tidak melanggar undang-undang persaingan negara, menurut syarikat itu pada Isnin (22 Okt).

Pada bulan lalu, pihak berkuasa Singapura mengenakan denda dan sekatan terhadap syarikat khidmat kereta sewa privet Grab dan Uber selepas merumuskan bahawa gabungan syarikat-syarikat tersebut menyebabkan harga meningkat. Ia mendenda Grab S$6.42 juta manakala Uber pula dienda S$6.58 juta.

Uber menegaskan bahawa rayuannya tidak bergantung kepada Grab dan akan dilakukan secara berasingan dan atas dasar prinsip.

Apabila dihubungi oleh Mediacorp, Grab menyatakan bahawa ia tidak akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan CCCS yang dibuat pada bulan lalu.

Ketua Grab Singapore, Lim Kell Jay, berkata: "Grab tidak akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan CCCS. Kami komited untuk beroperasi dalam persekitaran yang menyediakan khidmat terbaik bagi para pelanggan kami. Kami kini menumpukan perhatian untuk meningkatkan pengalaman Grab bagi para pengguna, rakan dan peniaga.

CCCS memutuskan bahawa urus niaga itu mengurangkan persaingan dalam pasaran dan Uber secara sengaja sudah melanggar undang-undang. Dalam kenyataannya, Uber mendakwa bahawa keputusan itu "tidak tepat".

Uber meminta CCCS supaya membatalkan denda tersebut sambil menyatakan bahawa pengawal selia itu menggunakan definisi yang sungguh sempit bagi istilah khidmat kereta sewa privet.

Uber turut merujuk kepada syarikat Go-Jek yang bakal menembusi pasaran tempatan, sambil menyatakan bahawa syarikat yang berpangkalan di Indonesia itu merupakan pesaing yang hebat.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : CNA/AI/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan