Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Twitter teroka tawar ganjaran bagi pikat lebih ramai pengikut, jana pendapatan tambahan

Menurut Encik Dorsey, ciri itu membolehkan platform media sosial tersebut untuk menjana lebih banyak pendapatan dan pendampingan 192 juta pengguna hariannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Twitter teroka tawar ganjaran bagi pikat lebih ramai pengikut, jana pendapatan tambahan

(Gambar fail: Mike Blake/Reuters)

Diterbitkan : 11 Feb 2021 09:23AM Dikemas Kini : 11 Feb 2021 09:24AM

AMERIKA SYARIKAT: Ketua Eksekutif Twitter Inc, Jack Dorsey, pada Rabu (10 Feb) berkata bahawa syarikat itu sedang menimbangkan untuk membolehkan para penggunanya menerima ganjaran atau bayaran digital daripada para pengikut mereka.

Menurut Encik Dorsey, ciri itu membolehkan platform media sosial tersebut untuk menjana lebih banyak pendapatan dan pendampingan 192 juta pengguna hariannya.

"Perkara pertama yang ingin kita fokuskan ialah insentif ekonomi bagi mereka yang menyumbang kepada Twitter," kata beliau di Persidangan Teknologi dan Internet Goldman Sachs yang diadakan secara maya.

Memperkenalkan ciri ganjaran dan ciri-ciri baru lain seperti langganan isi kandungan akan membantu syarikat itu mempelbagaikan pendapatannya, yang buat masa ini sebahagian besarnya dijana melalui iklan di Twitter.

Pada Selasa (9 Feb), syarikat itu menyatakan Encik Dorsey tidak menjangkakan bahawa khidmat langganan akan menjana pendapatan besar buat Twitter Inc sehingga tahun depan.

Bulan lalu, Twitter membeli syarikat pemula Revue yang menerbitkan surat berita kerana ia berharap untuk memikat para pengguna yang mahukan kandungan lebih panjang.

Sumber : Reuters/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan