Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Trump yakin perjanjian dagang AS-Britain boleh dimeterai dengan pantas

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Ahad (25 Ogos) berkata perjanjian perdagangan dengan Britain mungkin dapat dimeterai dengan 'pantas'.

Anggaran Waktu Membaca:
Trump yakin perjanjian dagang AS-Britain boleh dimeterai dengan pantas

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menghadiri acara pemimpin perniagaan Jepun di Tokyo pada 25 Mei 2019. (Gambar: Jonathan Ernst/REUTERS)

Diterbitkan : 25 Aug 2019 04:59PM Dikemas Kini : 25 Aug 2019 05:02PM

BIARRITZ, Perancis: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Ahad (25 Ogos) berkata perjanjian perdagangan dengan Britain mungkin dapat dimeterai dengan 'pantas'.

Bersama dengan Perdana Menteri Britain Boris Johnson di luar sidang puncak G7 di Biarritz, Perancis, Encik Trump turut menyifatkan perjanjian itu sebagai 'perjanjian perdagangan yang sangat besar, malah lebih hebat daripada yang pernah dimeterai sebelum ini".

Encik Johnson bagaimanapun menegaskan bahawa Khidmat Kesihatan Negara tidak akan dibincangkan oleh kedua-dua pemimpin itu. "Kami bersepakat mengenai perkara tersebut," tegas beliau.

Apabila ditanya berapa pantas rundingan mengenai perjanjian perdagangan AS-Britain dapat dimuktamadkan, Encik Trump dengan penuh yakin berkata "tentu sekali dengan pantas. Kami berdua tidak menjangkakan sebarang masalah."

Encik Johnson sedang berusaha untuk mengundurkan Britain daripada Kesatuan Eropah dan perjanjian perdagangan dengan Amerika Syarikat akan menjadi komponen utama dalam strategi London untuk membuka lembaran baru bagi menembusi pasaran global secara sendirian.

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan