Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Trump haramkan urus niaga Huawei dengan syarikat AS

Syarikat telekomunikasi terkemuka China, Huawei, menyatakan keputusan pentadbiran Presiden Donald Trump mengharamkannya berurus niaga dengan syarikat-syarikat Amerika Syarikat tidak menguntungkan sesiapa pun.

Anggaran Waktu Membaca:
Trump haramkan urus niaga Huawei dengan syarikat AS

Gambar fail logo Huawei di sebuah pusat beli-belah di Shanghai, China. (Gambar fail: Reuters/Aly Song)

Diterbitkan : 17 May 2019 08:00PM Dikemas Kini : 17 May 2019 08:07PM

BEIJING: Syarikat telekomunikasi terkemuka China, Huawei, menyatakan keputusan pentadbiran Presiden Donald Trump mengharamkannya berurus niaga dengan syarikat-syarikat Amerika Syarikat tidak menguntungkan sesiapa pun.

Presiden Trump mengharamkan Huawei daripada membeli barangan dan komponen dari syarikat-syarikat Amerika tanpa kebenaran Washington.

Bagaimanapun menurut laporan Nikkei Asian Review, pelbagai sumber menyatakan Huawei sudah membuat persiapan bagi menghadapi gangguan pada rangkaian bekalannya.

Huawei dilaporkan menyimpan bekalan pelbagai komponen penting bagi kegunaan untuk tempoh enam bulan hingga setahun.

Sumber : Reuters/MU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan