Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Trump arah tarif baki import China bernilai AS$300 bilion dinaikkan

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Jumaat (10 Mei) mengeruhkan ketegangan dagangan dengan China, dengan mengarahkan kenaikan tarif ke atas kesemua baki barangan import dari ekonomi kedua terbesar dunia itu, lantas mengancam pertumbuhan sedunia dan kestabilan pasaran saham.

Anggaran Waktu Membaca:
Trump arah tarif baki import China bernilai AS$300 bilion dinaikkan

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump (Gambar fail: AFP)

Diterbitkan : 11 May 2019 04:19PM Dikemas Kini : 11 May 2019 04:22PM

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Jumaat (10 Mei) mengeruhkan ketegangan dagangan dengan China, dengan mengarahkan kenaikan tarif ke atas kesemua baki barangan import dari ekonomi kedua terbesar dunia itu, lantas mengancam pertumbuhan sedunia dan kestabilan pasaran saham.

Selepas menulis di Twitter bahawa rundingan dagangan di Washington "telus dan membina", Encik Trump secara mendadak bertukar haluan dan sebaliknya mengotakan ancaman yang beliau sudah suarakan berbulan-bulan lamanya.

"Presiden... mengarahkan kami memulakan proses menaikkan tarif ke atas hampir kesemua baki barangan import dari China yang bernilai sekitar AS$300 bilion (S$408.8 bilion)," menurut Wakil Perdagangan Amerika Syarikat Robert Lighthizer dalam satu kenyataan.

Langkah terbaru ini diambil kurang 24 jam selepas Washington meningkatkan cukai ke atas barangan China bernilai AS$200 bilion (S$272.5 bilion). Cukai dinaikkan dari 10 peratus kepada 25 peratus.

Butiran proses kenaikan cukai akan diterbitkan pada Isnin bagi rundingan awam, sebelum perlaksanaan langkah itu dimuktamadkan, kata Encik Lighthizer. Cukai tersebut dijangka memakan masa beberapa bulan untuk dilaksanakan.

Sebagai respons, Beijing berikrar untuk "mengambil tindak balas sewajarnya".

"TIADA AKAN MENANG"

"TIADA PIHAK AKAN MENANG DALAM PERANG DAGANG," tulis penganalisis dagang Chad Bown dari Institut Ekonomi Antarabangsa Peterson di Twitter.

Oxford Economics pula menganggarkan kesan kenaikan cukai akan mencantas 0.3 peratus pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat dan meningkatkan risiko kemelesetan ekonomi. Pakar-pakar ekonomi China menganggarkan kesan yang serupa.

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi amaran konflik dagangan serta kehilangan keyakinan yang dicetuskan akan mengakibatkan kesan yang lebih meluas pada ekonomi sejagat dan mengancam pertumbuhan.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan