Images
  • Business

Trend perlahan: Pasaran hartanah diramal terus mendatar

SINGAPURA: Pertumbuhan ekonomi dijangka lebih perlahan tahun ini, namun para pengamat meramalkan harga hartanah akan kekal mendatar.

Pakar-pakar di satu seminar Persatuan Pemaju Hartanah mengatakan walaupun ada risiko pasaran yang muram, ia dijangka terbatas.

Ini sebahagian besarnya disebabkan masih ada penduduk yang terjejas dengan jualan en bloc, yang masih mencari rumah baru.

Meskipun demikian, para pemaju bimbang tentang lebihan bekalan di pasaran.

Kini terdapat sekitar 44,000 rumah privet yang belum siap dan lagi 24,000 unit belum terjual.

Para pemaju terdesak untuk menjual unit-unit perumahan dalam masa lima tahun atau dikenakan Cukai Setem Pembeli tambahan.

Ekonomi yang kian perlahan juga menambah kebimbangan para pemaju.

Para pemerhati pasaran sedang menantikan unjuran GDP suku kedua yang dijangka dikeluarkan esok untuk memberi gambaran lebih jelas, tentang pasaran hartanah akan datang.

- CNA/MM/tq

Top