Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Toyota tarik balik 3.4 juta kenderaan merata dunia ekoran isu beg udara

Toyota Motor Corp pada Selasa (21 Jan) mengumumkan bahawa ia akan menarik balik 3.4 juta kenderaan merata dunia atas masalah elektronik yang boleh menyebabkan beg udara tidak berfungsi jika berlaku kemalangan.

Anggaran Waktu Membaca:
Toyota tarik balik 3.4 juta kenderaan merata dunia ekoran isu beg udara

Gambar fail Toyota (Gambar: Reuters/Mike Blake)

Diterbitkan : 22 Jan 2020 12:04PM Dikemas Kini : 22 Jan 2020 12:11PM

WASHINGTON: Toyota Motor Corp pada Selasa (21 Jan) mengumumkan bahawa ia akan menarik balik 3.4 juta kenderaan merata dunia atas masalah elektronik yang boleh menyebabkan beg udara tidak berfungsi jika berlaku kemalangan.

Keputusan untuk menarik balik itu akan melibatkan 2.9 juta kenderaan di Amerika Syarikat, merangkumi model-model Corolla 2011-2019, Matrix 2011-2013, Avalon 2012-2018 dan Avalon Hybrid 2013-2018.

Kenderaan-kenderaan tersebut mungkin mempunyai unit kawalan elektronik yang tidak mempunyai perlindungan secukupnya terhadap gangguan elektrik yang boleh berlaku semasa kemalangan. Ini boleh menyebabkan beg udara tidak dapat berfungsi sepenuhnya.

Para peniaga Toyota akan memasang penapis bunyi antara modul kawalan beg udara dengan abah-abah wayar jika perlu.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan