Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

TikTok dahului Facebook sebagai aplikasi paling banyak dimuat turun pada 2020

TikTok adalah aplikasi paling banyak dimuat turun di dunia tahun lalu, mengatasi Facebook dan wadah-wadah penghantaran mesejnya, menurut pengesan pasaran App Annie pada Selasa (10 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
TikTok dahului Facebook sebagai aplikasi paling banyak dimuat turun pada 2020

Gambar: AFP

Diterbitkan : 11 Aug 2021 08:42AM Dikemas Kini : 11 Aug 2021 08:46AM

SAN FRANCISCO: TikTok adalah aplikasi paling banyak dimuat turun di dunia tahun lalu, mengatasi Facebook dan wadah-wadah penghantaran mesejnya.

Demikian dedah pengesan pasaran App Annie pada Selasa (10 Ogos).

Aplikasi video milik China itu bertambah popular meskipun terdapat usaha oleh bekas presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk melarangnya atau menjualnya secara paksa kepada para pelabur yang berpangkalan di Amerika Syarikat, menurut firma penyelidikan tersebut.

TikTok, yang dimiliki oleh syarikat ByteDance yang berpangkalan di China, dipercayai mempunyai satu bilion pengguna di seluruh dunia termasuk lebih 100 juta di Amerika Syarikat dan video format pendeknya sangat popular dalam kalangan pengguna muda telefon bijak.

Presiden Amerika Syarikat Joe Biden pada Jun membatalkan perintah eksekutif daripada Encik Trump yang cuba melarang TikTok dan WeChat milik China daripada pasaran AS atas sebab-sebab keselamatan negara, namun memerintahkan agar semakan dijalankan ke atas potensi risiko khidmat-khidmat internet milik negara asing.

Sedang perdebatan politik mengenai wadah perkongsian video singkat itu memuncak, TikTok memanjat carta daripada kedudukan keempat aplikasi paling banyak dimuat turun pada 2019 kepada tangga teratas tahun lalu, menurut data App Annie.

Tik Tok sekali gus mendahului Facebook dan dua aplikasi pengiriman mesej milik gergasi internet Amerika Syarikat itu - iaitu Messenger dan WhatsApp, tambah pengesan pasaran itu App Annie.

Populariti TikTok mendorong Instagram, yang juga dimiliki Facebook, untuk menambahkan ciri-ciri video untuk memanfaatkan trend yang sedang hangat itu.

Sementara itu TikTok pada bulan lalu mula membolehkan pengguna menyiarkan video sepanjang hingga tiga minit, tiga kali ganda lebih panjang berbanding had sebelum ini untuk terus mendahului pesaingnya.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan