Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Tiada salah laku dalam penjualan bon Hyflux oleh DBS - MAS

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) tidak menemui sebarang salah laku di pihak Bank DBS dalam mengeluarkan bon-bon kekal Hyflux.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Apr 2019 07:17PM Dikemas Kini : 08 Apr 2019 11:49PM

SINGAPURA: Penguasa Kewangan Singapura (MAS) tidak menemui sebarang salah laku di pihak Bank DBS dalam mengeluarkan bon-bon kekal Hyflux.

DBS merupakan satu-satunya pengurus dan penyelaras bon-bon kekal Hyflux bernilai S$500 juta itu yang dikeluarkan pada tahun 2016.

Syarikat rawatan air itu telah menggantung bayaran kupon bagi bon-bon tersebut yang menjanjikan pulangan 6 peratus, selepas ia memohon perlindungan daripada pihak pemiutang, Mei lalu.

Menjawab pertanyaan Mediacorp, MAS menyatakan DBS telah menjalankan usaha wajar untuk memastikan maklumat mengenai Hyflux disertakan dalam dokumen menawarkan bon-bon tersebut.

MAS menambah, Hyflux telah mendedahkan bahawa loji Tuaspring dijangka mengalami kerugian jika harga elektrik di Singapura, kekal rendah.

Dokumen tersebut juga, menurut MAS, sangat berhati-hati tentang harapan pasaran-pasaran air dan daya tenaga.

MAS menarik perhatian bahawa DBS telah mematuhi syarat-syarat yang dikenakannya dengan mengingatkan para pelabur supaya membaca dokumen-dokumen sebelum memohon bon tersebut.

MAS menegaskan semua pelaburan ada risiko, seperti yang ditanggung para pelabur sekarang akibat keadaan kewangan Hyflux yang semakin merudum.

Kira-kira 34,000 pelabur runcit telah membuat pelaburan berjumlah S$900 juta dengan membeli bon-bon kekal dan saham dividen tetap Hyflux.

Pada minggu lalu, Hyflux membatalkan perjanjian penyusunan semulanya dengan syarikat SM Investments atas alasan ia "tiada keyakinan" pelabur Indonesia itu akan menyempurnakan perjanjian tersebut.

Sumber : CNA/AA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan