Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Tiada penerbangan Belgium akibat ancaman mogok

Ruang udara Belgium akan ditutup kepada semua penerbangan di bawah ketinggian 8,000 meter pada Rabu (13 Feb) sedang satu gerakan mogok negara mengancam untuk melumpuhkan negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada penerbangan Belgium akibat ancaman mogok

Ruang udara Belgium akan ditutup kepada semua penerbangan di bawah ketinggian 8,000 meter pada Rabu. (Gambar: Nicolas Maeterlinck/AFP)

Diterbitkan : 13 Feb 2019 08:53AM Dikemas Kini : 13 Feb 2019 08:57AM

BRUSSELS: Ruang udara Belgium akan ditutup kepada semua penerbangan di bawah ketinggian 8,000 meter pada Rabu (13 Feb) sedang satu gerakan mogok negara mengancam untuk melumpuhkan negara itu.

Dengan "tiada kepastian" mengenai jumlah kakitangannya yang akan menyertai mogok itu, agensi pusat kawalan trafik udara Belgium, Skeyes menyatakan bahawa ia "terpaksa melarang" trafik udara negara antara Selasa (12 Feb) pada 10 malam (2100 GMT) sehingga keesokan harinya pada waktu yang sama, menurut satu kenyataan pada Selasa (12 Feb).

Tiada pesawat yang terbang di bawah paras ketinggian 8,000 meter - kawasan yang dikawal Skeyes - akan dibenarkan melakukan penerbangan di negara itu, menurut seorang jurucakap syarikat tersebut, Encik Dominique Dehaene.

Menurut beliau lagi, penerbangan pemerintah, tentera dan kecemasan akan dibenarkan.

Melebihi ketinggian 8,000 meter, sebuah pusat kawalan di bandar Maastricht di Belanda, mengawal pesawat-pesawat yang terbang di wilayah Belgium.

Skeyes tidak dapat menyatakan berapa banyak penerbangan atau penumpang yang akan terjejas akibat mogok itu.

Mogok umum yang dianjurkan oleh tiga kesatuan yang menggesa diberikan gaji lebih tinggi, dijangka akan melumpuhkan Belgium pada Rabu.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan