Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Tiada alasan kukuh larang perdagangan kripto di S’pura

Bank pusat Singapura sedang mengkaji risiko-risiko yang mungkin timbul disebabkan oleh perdagangan kripto tetapi belum lagi terdapat alasan yang kukuh untuk melarang perdagangan mata wang digital tersebut di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam.

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada alasan kukuh larang perdagangan kripto di S’pura
Diterbitkan : 06 Feb 2018 10:15AM Dikemas Kini : 06 Feb 2018 10:18AM

SINGAPURA: Bank pusat Singapura sedang mengkaji risiko-risiko yang mungkin timbul disebabkan oleh perdagangan kripto tetapi belum lagi terdapat alasan yang kukuh untuk melarang perdagangan mata wang digital tersebut di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam.

“Mata wang kripto adalah satu eksperimen. Bilangan dan jenis kripto sedang meningkat di peringkat antarabangsa. Ia terlalu awal untuk menjangkakan sama ada ia akan berjaya ataupun tidak,” kata Encik Tharman melalui jawapan bertulis kepada pertanyaan para anggota parlimen tentang larangan perdagangan bitcoin ataupun kripto semalam (5 Feb).

“Sekiranya ada yang berjaya, kesan sepenuhnya juga tidak akan dapat diketahui buat masa ini.”

“Penguasa Kewangan Singapura (MAS) sedang mengkaji dengan teliti perkembangan-perkembangan ini dan potensi risiko-risiko yang timbul. Setakat ini, tiada alasan kukuh untuk melarang perdagangan kripto di sini.”

Sumber : Reuters/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan