Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Tender penjualan berkelompok Golden Mile Complex dibuka kali kedua pada harga S$800 juta

Bangunan ikonik Golden Mile Complex ditawarkan bagi penjualan secara berkelompok buat kali kedua.

Anggaran Waktu Membaca:
Tender penjualan berkelompok Golden Mile Complex dibuka kali kedua pada harga S$800 juta

Golden Mile Complex di Beach Road dan Nicoll Highway. (Gambar: ET&Co)

Diterbitkan : 27 Mar 2019 11:04AM Dikemas Kini : 27 Mar 2019 11:07AM

SINGAPURA: Bangunan ikonik Golden Mile Complex ditawarkan bagi penjualan secara berkelompok buat kali kedua.

Harga pembukaan tender bagi bangunan itu adalah S$800 juta, menurut ejen pemasaran Edmund Tie & Company pada Rabu (27 Mac). Harga tersebut kekal seperti tender sebelum ini, yang ditutup pada 30 Januari tanpa sebarang pembeli.

Bangunan di Beach Road dan Nicoll Highway itu, yang menerapkan ciri teres yang unik, siap dibina pada 1973. Ia dianggap sebagai mempunyai nilai warisan yang tinggi, dengan pihak berkuasa kini dalam proses meninjau lebih banyak pilihan bagi memudahkan proses pemuliharaan.

Ini bermakna bakal pemaju hartanah mungkin berdepan dengan beberapa sekatan dalam membangunkan tapak tersebut.

Namun baru-baru ini, Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) mengeluarkan satu nasihat untuk lebih memperjelaskan syarat-syarat pemuliharaan, sekaligus memberikan lebih banyak kelonggaran dalam penggunaan semula bangunan tersebut.

Menurut satu laporan tahun lalu, bangunan itu mungkin tidak akan dirobohkan kerana satu permohonan telah dibuat untuk mengekalkan bangunan 16 tingkat yang sedia ada, dengan blok tambahan dibangunkan di sebelahnya.

Di bawah Pelan Induk URA 2014, hartanah itu dikhususkan bagi penggunaan komersil. Ia mungkin dibangunkan semula sebagai sebuah bangunan bersepadu, yang merangkumi ruang runcit, pejabat dan kediaman, termasuk apartmen dan hotel.

Tender tersebut akan ditutup pada pukul 3.00 petang, 25 April. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan